Wednesday, May 11, 2011

Program Cleanathon 2011

Cleanathon SMK Air Itam Tahun 2011 diadakan pada 07.05.2011.Acara dimulakan dengan ucapan Pengerusi PIBG, En Amirruddin bin Abdul Manaf di dataran sekolah., Aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah bermula pada pukul 7.30 pagi.. Semua warga sekolah rehat puntuk makan sarapan pagi pada 9.00 pagi.

Acara penyampaian hadiah untuk 8 pemungut Cleanathon yang tertinggi diadakan di kantin pada 9.30 pagi.Pemungut yang tertinggi Cleanathon ialah Ketua kaunselor SMK Air Itam,Cik Khor Aik Siew.Beliau mendapat sebuah kamera digital yang ditaja oleh Pn Lim Lee Sean.

Kemudian diikuti dengan waktu yang dinanti-nantikan iaitu acara cabutan bertuah.Terdapat 79 buah hadiah untuk acara cabutan bertuah.Pemenang cabutan yang paling bertuah iaitu saudari Venishwary. Palajar yang paling bertuah pada Cleanathon telah memenangi sebuah laptop berjenama Dell yang ditaja oleh Mrs. Phuah.