Saturday, November 17, 2012

Permohonan Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2013

Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang  menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 dan berminat menyambung pembelajaran di tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2013 bolehlah membuat permohonan sekarang.
Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menyediakan 4 aliran utama;

  • -Pendidikan Teknikal
  • -Pendidikan Vokasional
  • -Latihan Kemahiran
  • -Pendidikan Asas Vokasional

·
Permohonan ke SMT dan KV boleh dibuat dengan dua cara:
1       Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik /Kolej Vokasional 2013 .sila klik : Teknik/Vokasional
2    Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau KV yang berdekatan. Borang permohonan boleh diperolehi di situ.
·        
    Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.

Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013 adalah pada 30 Disember 2012.
Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2013 bermula.