Friday, November 9, 2012

Program Selepas PMR 2012


Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tingkatan tiga  untuk menimba dan menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman di luar bilik darjah. Ini dapat membantu juga  pelajar-pelajar membuat persiapan diri untuk ke tingkatan empat dengan kekuatan diri pada disiplin, sahsiah dan akademik. Pelbagai aktiviti disediakan yang merangkumi aspek pembelajaran dan aktiviti luaran seperti pemilihan matapelajaran tingkatan empat, ceramah kepimpinan dan pemantapan kendiri, membaca, gotong royong, melukis, kuiz, lawatan setempat dan permainan.

Pendekatan yang digunakan termasuk ceramah, bengkel ,  latihan dalam kelompok, tayangan video, sukaneka, keceriaan, gotong royong dan aktiviti pusat sumber.

Kemudahan di sekolah seperti dewan besar, pusat sumber, bilik tayangan, gelanggang permainan serta sistem siaraya telah digunakan sepenuhnya untuk menjalankan aktiviti.