Monday, December 10, 2012
Majlis Pelancaran Program i -Think
Transformasi kepada sistem pendidikan negara perlu dilaksanakan bagi melahirkan generasi muda yang mampu berfikir dan mempunyai kelebihan mengadaptasi ilmu bagi menghadapi cabaran di masa akan datang.
Corak pendidikan sebelum ini yang menekankan kepada "hafalan" perlu diubah dengan menekankan kepada kemahiran proses berfikir di kalangan pelajar supaya mereka mampu menggunakan ilmu yang dipelajari untuk kepentingan diri mereka.