PUTRAJAYA 19 Dis. _ Seramai 30,474 calon Penilaian Menengah
Rendah (PMR) mendapat gred A bagi keseluruhan mata pelajaran, berkurangan
sebanyak 3,797 atau 0.85 peratus berbanding 2011.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin
berkata, secara keseluruhannya, keputusan PMR kali ini dalam 17 mata pelajaran
kekal seperti tahun sebelumnya iaitu dengan Gred Purata Nasional (GPN) 2.71.
"Manakala berdasarkan mata pelajaran, empat subjek utama iaitu bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam mencatatkan penurunan prestasi," katanya pada sidang akhbar pengumuman keputusan PMR di sini hari ini. - UTUSAN