Inventori Tret Personaliti untuk pelajar-pelajar
Tingkatan 2 dijalankan pada 10:10 – 12:00 tengah hari manakala Inventori Tret
Personaliti untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 dijalankan pada 1:10 – 3:10
petang di Dewan SMK Air Itam pada 05.03.2013.Cik Khor Aik Siew , Guru Bimbingan
& Kaunseling SMK Air Itam, Pulau Pinang menerang tentang inventori tret
personaliti kepada pelajar-pelajar Tingkatan 2, manakala Cik Zeti , Guru
Bimbingan & Kaunseling sesi petang menerang kepada pelajar-pelajar
Tingkatan 1. Inventori Tret Personaliti dijalankan selama 30 minit. Kemudian
Cik Khor memberi taksiran kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 & 2.
Kebanyakan pelajar-pelajar dapat memahami personaliti sendiri walaupun ada
segelintir pelajar yang lemah dalam
Bahasa Malaysia mendapat bantuan bimbingan individu daripada guru bimbingan
& kaunseling. Inventori Tret Personaliti dijalankan dengan lancar.