Tuesday, May 27, 2014
Bengkel Membuat Pizza di Kolej ATI
32 orang pelajar-pelajar SMK Air Itam menghadiri Bengkel Membuat Pizza di Kolej ATI pada 26.05.2014 dari pukul 8:30 – 11:30 pagi. En Tan Ban Chang, Pensyarah kulinari Kolej ATI memberi tunjukajar cara untuk membuat pizza. Pelajar-pelajar Kolej ATI juga turut memberi bantuan sebagai pembimbing kepada pelajar-pelajar SMK Air Itam. En Jonny Goh juga memberi taklimat tentang rahsia kejayaan kepada pelajar-pelajar sementara menunggu pizza masak. Pelajar-pelajar berasa gembira kerana dapat menikmati pizza buatan sendiri di samping belajar membuat pizza.