Definisi Tema Hari Guru 2014 (Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana
Inovasi)
Guru: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang
menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi
penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara
Pencetus: Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu
ilham/ idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu
Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam
usaha melahirkan generasi intelek
Kreativiti: Didefinisikan sebagai penghasilan idea,
kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorang dalam pencetusan
idea baru dan berdaya kreatif
Penjana: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau
perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan
Inovasi: Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti,
pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk
menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan
bernilai
Tema Hari Guru Tahun 2014 dicadangkan iaitu Guru Pencetus
Kreativiti Penjana Inovasi (Inovatif)
adalah selaras dengan transformasi pendidikan ke arah membangunkan kemahiran
abad ke – 21 iaitu berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan
perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025