Tuesday, February 28, 2012

Demo Memasak Fish and Chips











Pada 27.02.2012 pukul 8.30 pagi hingga 11.30 pagi, satu demo memasak fish n chips telah diadakan di Bilik Masakan SMK Air Itam. Demo memasak dikendalikan oleh Chef M..Shaqip bin Jefri dari Kolej PTPL. Beliau mengajar 15 orang pelajar cara untuk menyediakan sos tartar, cara untuk menghiris lemak ikan dory dan cara untuk menyediakan hidangan fish n chips. Pelajar-pelajar berasa gembira kerana dapat belajar cara untuk menyedikan fish n chips dan mereka berasa puas hati setelah menikmati hidangan sendiri.


Saturday, February 25, 2012

Lawatan ke " The Little Sisters of The Poor" 2012/2

















Lawatan ke " The Little Sisters of The Poor"2012/1
















Tarikh : 25 Februari 2012

Masa : 9.30 - 12.30 pagi

Tempat : The Little Sisters of The Poor

Anjuran : Briged Putera & Briged Puteri

Aktiviti: Nyanyian,Tarian, Colouring, Recycling


Wednesday, February 22, 2012

Lawatan dari University of Regina, Canada





Tarikh : 21 Feb 2012
Masa : 9.00 – 10.00 pagi

Tempat Perjumpaan : Bilik Mesyuarat

IPG Kampus Pulau Pinang sedang mengendalikan Program Pertukaran Pelajar dengan University of Regiina, Canada. Seramai 5 orang mahasiswa/mahasiswi yang sedang menyambut Pengajian mereka selama satu semester di IPG melawat SMK Air Itam dengan tujuan mendapat pengalaman mengetahui cara pembelajaran matematik di sekolah tempatan.

Mahasiswa/mahasiswi dari University of Regina telah membahagikan 20 orang pelajar kelas 2S1 dan 2S2 kepada 5 kumpulan. Mereka mengadakan temuduga dengan pelajar-pelajar dalam kumpulan dan membuat penyelidikan atas masalah matematik yang dihadapi oleh pelajar-pelajar terutama topik pecahan.

Menurut seorang wakil mahasiswa/mahasiswi yang bernama Maegan Biss, SMK Air Itam ialah sekolah yang terbaik dari segi respon pelajar dan kelancaran sesi temuduga ini.