Tarikh : 21 Feb 2012
Masa : 9.00 – 10.00 pagi
Tempat Perjumpaan : Bilik Mesyuarat
IPG Kampus Pulau Pinang sedang mengendalikan Program Pertukaran Pelajar dengan University of Regiina, Canada. Seramai 5 orang mahasiswa/mahasiswi yang sedang menyambut Pengajian mereka selama satu semester di IPG melawat SMK Air Itam dengan tujuan mendapat pengalaman mengetahui cara pembelajaran matematik di sekolah tempatan.
Mahasiswa/mahasiswi dari University of Regina telah membahagikan 20 orang pelajar kelas 2S1 dan 2S2 kepada 5 kumpulan. Mereka mengadakan temuduga dengan pelajar-pelajar dalam kumpulan dan membuat penyelidikan atas masalah matematik yang dihadapi oleh pelajar-pelajar terutama topik pecahan.
Menurut seorang wakil mahasiswa/mahasiswi yang bernama Maegan Biss, SMK Air Itam ialah sekolah yang terbaik dari segi respon pelajar dan kelancaran sesi temuduga ini.