Monday, October 1, 2012

Lawatan ke InfoGenius HR Skills Development Centre

Pada 25/09/2012 , seramai 34 orang pelajar dari kelas 5P1 dan 5P2  telah mengadakan lawatan ke Infogenius.  Tujuan lawatan ialah memberi pendedahan kepada latihan memperolehi Sijil/Diploma Kemahiran Malaysia yang dikendalikan Kementerian Sumber Manusia . Pelajar-pelajar telah diperkenalkan jenis latihan kemahiran dan kursus yang ditawarkan . Mereka  dibawa melawat ke bilik projek,ICT dan makmal .