Saturday, October 13, 2012

MENGINSPIRASIKAN PERUBAHAN BERSAMA FROG VLE

 

Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan 
dan penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan Projek 
1BestariNet, yang merupakan inisiatif Kementerian Pelajaran 
Malaysia dalam menerajui transformasi pendidikan dengan
 menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah 
di Malaysia.

Di bawah projek 1BestariNet, 10,000 buah sekolah akan dilengkapi 

dengan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar (wireless 
broadband) berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah Persekitaran 
Pembelajaran Maya iaitu frog Virtual Learning Environment (VLE) 
untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan.

Melalui projek 1BestariNet ini, cara penyampaian pengajaran dan 
pembelajaran pasti akan berubah, sekaligus meningkatkan minat 
belajar dalam kalangan generasi muda ini.

Dalam dunia yang penuh dengan teknologi, pengajaran dan

 pembelajaran tidak lagi terhad kepada pengajarandan pembelajaran 
di dalam kelas. Kehadiran frog VLE dapat membantu guru-guru 
berkomunikasi dan berinteraksi dengan para pelajar dengan lebih 
berkesan bukan sahaja di dalam kelas, malah di mana sahaja
mereka berada. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah komputer, 

pelayar (browser), dan sambungan Internet.


Menerusi projek 1BestariNet ini, setiap guru akan diberi satu ID 

Pengguna yang unik dan pelbagai fungsi. Para guru boleh 
menggunakannya untuk:
Mengakses platform frog VLE
Mengakses emel peribadi Yes
Mengakses semua enjin maya pendidikan yang dijana oleh Google 

yang bertaraf antarabangsa seperti Khan Academy dan YouTube 
Education.

Dengan ini, setiap guru dan pelajar akan mempunyai akses kepada 

pendidikan bertaraf dunia yang boleh dicapai di dalam dan di luar  
sekolah: pada bila-bila masa, di mana jua.