Thursday, October 4, 2012

Program Mentor Mentee Tingkatan 3 dan Tingkatan 5


Program ini dijalankan  untuk membimbing pelajar-pelajar  dalam mencari jalan keluar dari permasalahan kognitif, psikososial, personaliti , psikologi dan bilazim di samping mewujudkan perhubungan mesra yang dipercayai, disenangi oleh mentee  serta memupuk  budi perkerti  dan akhlak yang lebih baik supaya mentee dapat menghadapi alam persekolahan dan kehidupan yang lebih teratur dalam arus perubahan teknologi maklumat  komunikasi.      

             
Tempoh perlaksanaan  bermula bulan June  sehingga September 2012. Mentor  terdiri daripada guru tingkatan dan pembantunya  kelas masing-masing.Perjumpaan  terancang mentor mentee diadakan sekurang-kurang sekali sebulan  dan mentor boleh mengadakan perjumpaan mengikut kesesuaian matlamat mentor. Setiap perjumpaan mengambil masa lebih kurang 40 minit dan disertakan laporan untuk difailkan Setiap masalah yang dibincangkan akan  diselesaikan bersama mentor dengan mentee, diharapkan  perubahan  positif  dalam minat, sikap ,disiplin, sahsiah  dan akademik  mentee akan berlaku.