Pada 17/10/2012, Kelab Pengguna dengan kerjasama Unit
Bimbingan & Kaunseling telah menjemput KPDNKK untuk menganjurkan Program
Pemantapan Kelab Pengguna Sekolah Menengah Negeri Pulau Pinang untuk
murid-murid Tingkatan 3. Seramai 150
orang murid telah menyertai aktiviti yang menarik dan penuh dengan cabaran ini.
Aktiviti pada hari itu dimulakan dengan ceramah oleh penceramah dari Jabatan
Keselamatan Jalan Raya, Seberang Perai.