Wednesday, April 30, 2008

Maklumat Guru Sekolah Yang Mengajar Di Pusat /Kelas Tuisyen Swasta

Guru-guru yang terlibat diminta berjumpa dengan PK Pentadbiran selewat-lewatnya 5 Mei 2008 untuk mengisi maklumat berkenaan.

Guru-guru yang tidak berjumpa dengan PK Pentadbiran selepas tarikh tersebut akan dianggap sebagai tidak terlibat.

Monday, April 28, 2008

Sijil Penyertaan Hari Perkembangan Staf di Kolej Segi

Kepada para hadirin kursus,

Sijil-sijil penyertaan kursus boleh diperolehi di pejabat (Dari Cik Faridah) mulai hari ini.

Terima kasih.

Saturday, April 26, 2008

Selamat Hari Lahir, Blog SMK Air Itam!!!

Menerusi Hari Perkembangan Staf 2008/2 hari ini yang dijalankan di Kolej Segi, penceramahnya Ms Cherryl telah menunjukkan beberapa teknik kepada para guru SMK Air Itam cara-cara untuk "mempedaskan" p n p kita di dalam bilik darjah dengan ICT.
Satu cara yang dibangkitkan adalah melalui Blog.

Inilah datangnya idea bagi saya untuk mewujudkan satu blog untuk sekolah kami. Saya rasa melalui blog ini, objektif-objektif berikut dapat dicapai:

1. menggalakkan para warga sekolah untuk menggunakan ICT dalam kehidupan kita.
2. berkongsi pengalaman dan pengetahuan kita melalui blog ini.
3. menyampaikan berita-berita semasa di sekolah
4. menyemarakkan budaya ICT di sekolah

Selamat Hari Lahir (Happy Birthday) Blog SMK Air Itam!!!