Wednesday, October 29, 2008

Mesyuarat Guru (Penutupan Sesi Persekolahan)

Satu mesyuarat berkenaan perkara di atas akan diadakan seperti berikut

Tarikh : 30 OKT 2008 (Khamis)
Masa : 1.10 tgh
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : semua guru

Tuesday, October 28, 2008

Kursus Sijil Perguruan Khas Satu Tahun

Guru-guru yang berminat untuk memohon KDP di atas adalah dikehendaki membuat pendaftaran secara online di www.moe.gov.my mulai 29 OKT 2008.

Harap maklum, terima kasih.

Wednesday, October 15, 2008

Bertugas semasa cuti hujung tahun

Saya sedang mengatur tugas guru semasa cuti hujung tahun. Guru-guru yang bukan pengawas SPM dijangka akan diarahkan untuk kembali ke sekolah untuk bertugas semasa SPM berlangsung. Guru-guru yang ada masalah diminta berjumpa dengan saya supaya masa yang paling sesuai dapat ditetapkan. Jadual Bertugas dijangka akan dikeluarkan pada awal Nov. 2008.
Sekian, terima kasih.

Wednesday, October 8, 2008

Selamat Mengambil Peperiksaan

Selesainya Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar membawa maksud bermulanya musim peperiksaan untuk para pelajar.

Pelajar Tingkatan 5 akan menduduki Peperiksaan Percubaan SPM bermula besok (9 Okt 2008)dan yang bakal menunggu pelajar-pelajar Tingkatan 3 pula, ialah PMR yang akan berlangsung dari 13 Okt - 17 Okt 2008.

Bagi pelajar-pelajar Tingkatan lain pula, Peperiksaan Akhir Tahun akan dimulakan selepas tamatnya cuti panjang Hari Deepavali.

Belajarlah bersungguh-sungguh demi masa depan sendiri!

Selamat Mengambil Peperiksaan.

Terima Kasih kepada Semua

Bagi pihak sekolah, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua guru, pelajar-pelajar, kakitangan dan semua yang terlibat secara atau tidak langsung untuk menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar pada 8 OKT 2008.

Kepada para tetamu dan waris yang hadir, pihak sekolah juga ingin mengucapkan terima kasih ke atas sokongan padu yang diberikan demi menjayakan aktiviti tahunan ini.

Sekian.

Thursday, October 2, 2008

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 8 OKT 2008 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan sekolah

Semua waris adalah dijemput hadir.