Friday, January 28, 2011

Selamat Datang Tuan Pengetua Baru

Warga SMK Air Itam menyambut kedatangan tuan pengetua baru iaitu Dr.ARUNASALA PANDY A/L KARUPPUSAMY.

Beliau merupakan seorang Tuan Pengetua yang berpindah dari SMK TANJONG BUNGA.

Tuan pengetua mula berkhidmat pada tahun 1982 di SMK Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
SMK Air Itam merupakan sekolah yang ke-6 bagi beliau.

Pada tahun 1982,beliau dianugerah Ijazah Sarjana Muda ,Universiti Teknologi Malaysia (Fizik).
Pada tahun 2006, beliau dianugerah Ijazah Doktor Falsafah,Universiti Sains Malaysia (Fizik).

Semoga Tuan Pengetua gembira berkhidmat di SMK Air Itam dan SMK Air Itam akan menjadi lebih cemerlang di bawah kepimpinan beliau.

Sunday, January 16, 2011

Keputusan wajib lulus sejarah dalam SPM muktamad: Dr Puad (08-01-11)


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, hari ini menjelaskan, keputusan mewajibkan lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013 adalah muktamad.

Menurut beliau, cuma yang belum diputuskan ialah bentuk kurikulum mata pelajaran tersebut yang akan digubal dan pendekatannya bagi memastikan ia benar-benar memberi impak berkesan bagi memastikan pelajar menghayati sejarah.

Wednesday, January 12, 2011

Cuti Berganti Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan permohonan cuti ganti sempena tahun Baru Cina 2011 seperti berikut:

Tarikh ganti untuk cuti 31.01.2011 ialah 22.01.2011 mengikut jadual waktu Isnin.

Sehubungan dengan itu,diminta kerjasama semua ibu bapa dan penjaga agar menguruskan pengangkutan anak masing-masing.

Sekian, terima kasih.



Sunday, January 9, 2011

Kementerian tetap tarikh periksa 2011

KEMENTERIAN Pelajaran mengumumkan tarikh peperiksaan umum yang akan berlangsung tahun ini, bertujuan memberi peringatan awal kepada calon supaya mereka lebih bersedia menghadapi ujian berkenaan.

Semua peperiksaan itu membabitkan murid Tahun Enam yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk pelajar Tingkatan Tiga serta pelajar Tingkatan Lima yang akan menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, dalam kenyataannya berkata UPSR dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 13 September. Katanya, PMR selama lima hari yang bermula 4 Oktober dan berakhir 11 Oktober, manakala STAM selama lima hari bermula 12 Oktober. SPM pula bermula pada 14 November hingga 14 Disember.

Beliau berkata, penyusunan jadual peperiksaan turut mengambil kira cuti perayaan iaitu Hari Keputeraan Sultan Johor iaitu pada 22 November (Selasa), Awal Muharram (27 November) dan Hari Keputeraan Sultan Selangor (11 Disember).

“Cuti Awal Muharram dan Hari Keputeraan Sultan Selangor yang jatuh pada Ahad, masing-masing akan digantikan pada Isnin iaitu pada 28 November dan 12 Disember 2011.

Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011



A Relaxed Mind,

A Peaceful Soul,

A Joyful Spirit,

A Healthy Body

A Heart Full of Love


HAPPY NEW YEAR 2011 !