Thursday, July 31, 2014

Saturday, July 26, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Satu Syawal menjelang tiba,

Takbir bergema menggegarkan jiwa,

Sekiranya ada salah dan dosa,

Ampun dipinta dihari mulia.

Selamat Hari Raya

Maaf zahir dan batin.

Suasana Hari Raya-Sharifah Aini

Friday, July 25, 2014

Thursday, July 24, 2014

PROGRAM SUNTIKAN HPV DOS KE-3 TINGKATAN 1









PROGRAM SUNTIKAN HPV DOS KE-3 TINGKATAN 1 dijalankan pada
22-07-2014 di SMK Air Itam

Wednesday, July 23, 2014

Program Ihya' Ramadhan 2014














Tarikh : 23hb Julai 2014
Hari : Rabu
Masa : 10.30 pagi - 1.30 petang
Aktiviti :

- Bacaan Yasin
- Ceramah Ihya' Ramadhan
- Majlis Khatam Al-Quran
- Majlis Penyampaian hadiah untuk pelajar yang khatam Al-Quran
- Majlis Penyampaian hadiah untuk pelajar miskin
- Memasak bubur lambuk

Pameran Pendidikan & Kerjaya







Pelajar-pelajar  5 G dan 5P2 SMK Air Itam membuat Lawatan 
Sambil Belajar Ke Pameran Pendididkan & Kerjaya 
 pada 23.07.2014 dari pukul 8:30 hingga 11:30 pagi 
di  SMK (L) Methodist Pulau Pinang. Pelajar-pelajar
menghadiri Majlis Pembukaan dan kemudian membuat 
lawatan ke gerai-gerai 25 buah kolej. Mereka juga 
menjalankan ujian emosi yang dijalankan oleh Befrienders 
Penang. Pelajar-pelajar  diberi risalah dan informasi tentang 
kursus atau kolej yang  diminati oleh mereka.

Sumbangan Zakat MSU





Cik Fadhlina, wakil  dari MSU memberi zakat kepada 4 orang pelajar SMK Air Itam pada 22.07.2014  jam 11:35 di Bilik Bimbingan & Kaunseling SMK Air Itam. Pelajar-pelajar yang mendapatkan zakat ialah Nur Afina Abd Razak (5S1), Norizzati Zainon ( 5P1), Nur Fazira Abd Aziz ( 5M) dan Muhammad Riduan Zambri ( 5G). Mereka mendapat wang tunai RM 100.000 dan sekotak kumar dari MSU.

Pertandingan Menulis Esei Bahasa Cina









Tarikh : 23-07-2014
Masa : 10.30am-12.30pm
Tempat : SMK Air Itam
Peserta : Semua pelajar yang mengikuti Kelas Bahasa Cina

Ceramah Perakaunan



En Khor Seng Cheong , Associate Dean Faculty of Accountancy dari Kolej Universiti TAR memberi Ceramah Perakaunan untuk pelajar-pelajar 5A SMK Air Itam pada 22.07.2014 dari pukul 10:05 -11:05 pagi di Pusat Sumber SMK Air Itam. Beliau memperkenalkan kursus perakaunan yang ditawarkan di Kolej Universiti TAR dan menerangkan peluang kerjaya perakaunan dan bayaran yuran. Pelajar-pelajar mendapat maklumat yang berguna.

Friday, July 18, 2014

Ceramah Universiti Hsuan Chuang

Pelajar-pelajar Cina Tingkatan 5S1, 5S2 dan  5A SMK Air
 Itam diberi  satu taklimat berkenaan universiti di Taiwan
 pada 18.07.2014 dari pukul 8:05 hingga 9:05 pagi di
 dewan sekolah. Taklimat ini dikendalikan oleh Pn Lucia
 Teoh , Guru Penasihat Universiti Hsuan Chuang,  Taiwan. Beliau menerang tentang cara untuk memohon, 
syarat kemasukan, yuran dan bayaran. Universiti Hsuan  
Chuang akan menajakan 2 orang  pelajar melanjutkan 
pelajaran ke universitinya. Pelajar-pelajar yang berminat
 mendapatkan maklumat selanjutnya daripada Pn Teoh.