Saturday, March 31, 2012

PERTANDINGAN KALIGRAFI BAHASA CINA ZHONG TANG 中堂









Tarikh : 29 Mac 2012 ( Hari Khamis)

Masa : 8.00 pagi

Tempat pertandingan : Dewan SMJK Phor Tay, Pulau Pinang

Setiap sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah jenis kebangsaan perlu menghantar 3 orang peserta untuk menyertai pertandingan tersebut.

Zhong Tang bermaksud tulisan kaligrafi Bahasa Cina yang besar yang dipamerkan di tengah rumah.


Friday, March 30, 2012

Ceramah Cara Pengiraan BMR





Cik Angeline Ong dari Kolej PTPL menerangkan kepada ahli-ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya tentang cara pengiraan BMI & BMR.

Cara mengira BMI = Weight ( kg )

Height ( m ) X Height ( m )

Cara Pengiraan BMR Perempuan :

655 + ( 4.3 X weight in pounds ) + ( 4.7 X height in inches ) – ( 4.7 X age in years )

Cara Pengiraan BMR Lelaki :

66 + ( 6.3 X weight in pounds ) + ( 12.9 X height in inces ) – ( 6.8 X age in years )

Weight ( pounds ) = ____ kg X 2.2

Height ( inch ) = ____cm ÷ 2.5

Beliau juga memberitahu pelajar tentang kalori

Dairy Calories Needs

Sedentary - BMR X 20 %

Lightly Active - BMR X 30 %

Moderately Active - BMR X 40 %

Very Active - BMR X 50 %

Extra Active - BMR X 60 %

Dairy Calories Need = BMR+ kalori

Beliau juga menerangkan makanan tentang anti-stress.

Dilapor oleh Cik Khor Aik Siew


Thursday, March 29, 2012

Ceramah Kemahiran Belajar







Pada 28.03.2012 , Unit Bimbingan & Kaunseling mengadakan Ceramah Kemahiran Belajar untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5. Encik S.Subramaniam penceramah dari PTPL telah mendedahkan teknik-teknik belajar berkesan bersama pelajar-pelajar di dewan sekolah. Skopnya merangkumi cirri-ciri kejayaan dalam pembelajaran, faktor-faktor dan kepentingan kemahiran belajar. Pelajar-pelajar mendapat ilmu dan kemahiran belajar berkesan yang dapat dipraktikan dalam pembelajaran seharian.

Pelancaran Nilam Sesi Petang







Wednesday, March 28, 2012

Ceramah Kerjaya Penerbangan






Pada 26.03.2012 , Unit Bimbingan & Kaunseling mengadakan Ceramah Kerjaya penerbangan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 . Cik Teoh Chee Yee dan Nityee Subramaniam, penceramah dari Inter Excel Tourism Academy memperkenal dan mendedahkan skop, bidang dan insentif kerjaya penerbangan. Pelajar-pelajar boleh menceburinya selepas tamat persekolahan tingkatan 5.

Tuesday, March 27, 2012

Mesyuarat Agung PIBG Ke-17









Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 diadakan pada hari Sabtu iaitu 24 Mac 2012 pada jam 9.00 pagi bertempat di dewan sekolah SMK Air Itam. Pada sesi 2012/2013 ini, semua ibubapa dan guru telah bersetuju untuk memilih senarai AJK PIBG yang baru iaitu:

Yang Dipertua PIBG : En Amirruddin B. Manaf

Naib Yang Dipertua PIBG : En. Mogan a/l Gopalan

Setiausaha PIBG : Cik Aida Farhana Bt. Ahamad Feisal

Naib Setiausaha PIBG : Pn Haniza Bt. Hussein

Bendahari PIBG : Pn Lim Lay Hong

Naib Bendahari PIBG : Pn Wong King Hee

AJK Ibubapa :

En. Razali B. Mat Diah

En. Mohd Nasir B. Mohamed Noor

Pn. Renuga Devi a/p Mokanan

AJK Guru :

En. Chu Maw Ping

Pn. Nurul Munirah Bt. Abdul Rahim

Pn. Vigneswari a/p Munisamy

Juruaudit Ibubapa : En Zakaria B Mustafa

Juruaudit Guru : Pn. Ruzanna Bt Harun

Selain perlantikan AJK Baru bagi PIBG sesi 2012/2013, SMK Air Itam juga mengadakan cabutan bertuah bagi ibubapa yang hadir dan menyampaikan sijil penghargaan kepada AJK PIBG bagi sesi 2011/2012.