Friday, July 29, 2011

Cuti Peristiwa Sempena Sambutan Awal Ramadan

Sukacita dimaklumkan bahawa JPN telah meluluskan permohonan cuti peristiwa sempena Sambutan Awal Ramadan 2011 seperti berikut:

Tarikh Cuti Peristiwa ialah 01.08.2011 (Isnin).

Sehubungan itu,diminta semua ibu bapa dan penjaga maklum akan hal ini dan mengambil tindakan yang perlu.

Kerjasama dari pihak tuan/puan , saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Tuesday, July 26, 2011

Happy Retirement Ms Teh 22.07.2011



Nama Guru : Teh Siew Suan

Opsyen : Geografi

Tempoh Perkhidmatan : 1978-2011 (33 Tahun)













Monday, July 25, 2011

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

--Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

--SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.

--Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

--Sekurang-kurangnya karenah meminta data berkaitan peperiksaan ke sekolah akan dapat diminimumkan. SAPS juga boleh dijadikan ”Early Warning System” kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV (Take Of Value), AR (Actual Result) dan ETR (Expected Target Result)

--SAPS boleh dicapai melalui Portal NKRA seperti berikut:

http://saps.moe.gov.my

Wednesday, July 20, 2011

Tuesday, July 12, 2011

Monday, July 11, 2011

Thursday, July 7, 2011

Ceramah Clean & Clear

Ceramah Penjagaan Kulit Muka yang dianjurkan oleh Syarikat Clean & Clear pada 27.06.2011 untuk pelajar-pelajar perempuan Tingkatan 4 & 5 telah dijalankan dengan jayanya.

Pelajar-pelajar perempuan diberi pengetahuan tentang cara-cara untuk mencuci muka yang betul. Mereka juga diberi pendedahan tentang jenis-jenis kulit dan diberi satu set pencuci muka yang percuma .






Saturday, July 2, 2011

Kuiz Peribahasa Bahasa Cina

Tarikh : 24.06.2011
Masa : 12.00pm-2.00pm

Tempat : Kelas 5A2
Anjuran : Persatuan Bahasa Cina



Kumpulan Menengah Atas
Pertama : Koay Seow Hui 郭晓蕙 (5S1)
Kedua : Choo Yoong Yoong 曹榕熔(5S1)
Ketiga : Khoo Jade Suan 邱玉碹 (5S1)




Kumpulan Menengah Bawah
Pertama :Ong Zi Jun 王子峻 (2S1)
Kedua :
Yeoh Kok Xuan 杨国轩(2S1)
Ketiga : Mong Zhi Qiang 蒙志强(2S1)

Friday, July 1, 2011

Cuti Sekolah Sempena Hari Sukan 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa JPN telah meluluskan permohonan cuti peristiwa sempena Hari Sukan Tahunan 2011 seperti berikut:

Tarikh Cuti Peristiwa ialah 04.07.2011 (Isnin).

Sehubungan itu,diminta semua ibu bapa dan penjaga maklum akan hal ini dan mengambil tindakan yang perlu.

Kerjasama dari pihak tuan/puan , saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Pengetua
SMK Air Itam