Wednesday, January 29, 2014

Kemudi PPPM di landasan betul

 
Putrajaya: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 kini berada di landasan betul untuk mencapai sasaran hasil perancangan teliti dan pemantauan berterusan di setiap peringkat bermula dari Pengurusan Tertinggi dan pelaksana.

Malah, Pelan ini juga boleh berjaya sekiranya semua pihak faham dan melaksanakan peranan masing-masing untuk memastikan ekosistem pembelajaran yang menyeluruh bagi melahirkan murid berkualiti.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Datuk Dr Amin Senin berkata, terdapat 100 inisiatif yang akan dilaksanakan sepanjang 12 tahun PPPM yang dibahagikan kepada beberapa gelombang.

Katanya, pertama sekali soal pengurusan apabila setiap inisiatif yang dirancang mesti ada penerajunya, bermaksud Bahagian di Kementerian sudah diberi tanggungjawab untuk menerajui beberapa inisiatif yang dirancang.

“Merekalah yang akan melihat secara langsung bagaimana inisiatif itu dapat dilaksanakan dari peringkat Kementerian hingga sekolah.
“Paling penting pemantauan kami cukup teliti, setiap minggu peneraju akan melaporkan adakah inisiatif sudah dilaksanakan mengikut perancangan. Kita juga telah menetapkan sistem pemantauan yang lebih berkesan bagi inisiatif utama di mana laporan disediakan setiap minggu dan diteliti oleh Pengurusan Tertinggi. Dashboard ini menggunakan kod warna bagi penentuan inisiatif yang perlu diberi sokongan dan bantuan.

“Pada masa sama, kita juga ada penanda aras, iaitu perkara pokok mesti dicapai seperti ditetapkan. Kita akan laporkan kepada menteri, pemantauan juga dilaksanakan dan ini merujuk kepada Indeks Prestasi Utama (KPI) setiap inisiatif itu,” katanya.
Amin berkata, setiap inisiatif itu juga perlu dipastikan dapat dicapai tanpa sebarang halangan sama ada soal kewangan, pentadbiran dan sumber manusia, malah semua isu atau masalah yang timbul akan diselesaikan dalam mesyuarat mingguan bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian.

Beliau turut menjelaskan 100 inisiatif yang dirangka akan sentiasa dikaji mengikut kesesuaian serta keperluan semasa.

Monday, January 27, 2014

Saturday, January 25, 2014

PROGRAM MAULIDUR RASUL









Tarikh 
: 25 Januari 2014
Masa
:  8.00 Pagi – 1.05 Petang
Aktiviti  
:  Program Maulidur Rasul
Tempat   
: Dataran dan Dewan SMK Air Hitam


Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majis iaitu Pn. Masitoh
 dan diringi dengan bacaan doa  dan selawat ke atas Nabi oleh 
Ustaz Helmi. Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Baharuddin, 
beliau merupakan Pengerusi Masjid Bandar Baru Air Itam. 
Program ini di hadiri oleh semua pelajar dan guru Sekolah ini. 
Sambutan Program ini merupakan program tahunan sekolah dan  
tema bagi program ini ialah “Sunnah Pencetus Qudwah Islam” .

Thursday, January 23, 2014

Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam



40 orang pelajar SMK Air Itam melawat Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam di Dewan Sri Pinang pada 22.01.2014 dari pukul 9:30 pagi hingga 2:30 petang. Terdapat banyak kaunter perkhidmatan awam di karnival kerjaya seperti polis, bomba, agensi anti dadah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pertahanan Awam , penerangan, angkatan tentera. Kemudian pelajar-pelajar menghadiri taklimat kerjaya oleh En  Abdul Fatah Mohd Pilus, Penolong Setiausaha Surahanjaya Perkhidmatan Awam. Pelajar-pelajar didedahkan jawatan yang terdapat di perkhidmatan awam. En Abdul Fatah juga memberi tips temuduga. Pelajar-pelajar berasa seronok mendapat informasi tentang perkhidmatan awam.

Aktiviti Reka Tanglung


Persatuan Buddha SMK AIR ITAM telah menganjurkan 
Aktiviti Reka Tanglung dengan ang pow
sempena Tahun Baru Cina pada 22hb Januari
2014, 130petang.Ramai peserta telah menunjukkan 
kreativiti dan kebolehan yang tinggi.


Wednesday, January 22, 2014

Hari Rekrutmen Pelajar Tingkatan 1

 
 
Hari : Rabu
Tarikh : 22/01/2014
Tempat : Dewan SMK Air Itam
Masa : 1.30 petang - 4.00 petang

Objektif :
Program Hari Rekrumen ini di adakan bagi memberi peluang kepada para pelajar Tingkatan satu dan Peralihan memilih Badan Beruniform yang bersesuaian dengan minat mereka. Program ini  di rasmikan oleh Pengetua SMK Air Itam, Dr Arunanasala Pandy. Selain memberi pendedahan kepada para pelajar untuk memilih Unit Beruniform , program ini dapat membentuk kerjasama antara ahli dalam satu-satu unit. 

Setiap Unit beruniform seperti Briged Putra, Briged Putri, St John Ambulans, Kadet Polis, Kadet Pertahanan Awam, Puteri Islam dan sebagainya perlu memberi penerangan mengenai Unit mereka kepada para pelajar sekali gus berusaha menarik perhatian pelajar agar memasuki unit mereka

Makluman Kepada Waris--Cuti Berganti

Sukacita dimaklumkan bahawa 25.01.2014 (Sabtu) ialah hari
persekolahan bagi menggantikan Cuti Ganti pada 3 Feb 2014,
jadual waktu hari Sabtu ini adalah mengikut hari Isnin.

Masa Persekolahan dari 7.20am-1.05pm.


Sehubungan itu,diminta semua ibu bapa dan penjaga maklum 

akan hal ini dan menguruskan pengangkutan anak masing-masing.

Kerjasama dari pihak tuan/puan , saya dahului dengan ucapan 

ribuan terima kasih.


Pengetua
SMK AIR ITAM

Tuesday, January 21, 2014

Ceramah Forensic Science

 

Cik Amirah bt Che Ahmad , Forensic Scientist dari AUCMS memberi ceramah tentang ‘CSI  ’kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5S1 & 5S2 SMK Air Itam pada 20.01.2014 dari pukul 10:10 -12:10 tengah hari di Dewan Sekolah SMK Air Itam. Beliau memberitahu  Science + Application of Love= Forensic Science. Beliau menerangkan disiplin sains forensic . beliau juga mengingatkan pelajar-pelajar supaya berwaspada  tentang kes jenayah yang berlaku di sekeliling kita.

Mesyuarat Pentadbiran dan Kewangan

Semua Ketua Bidang, Ketua Panitia dan AJK Kurikulum dikehendaki menghadiri mesyuarat seperti berikut :

Tarikh : 23 Jan 2014 (Khamis)
Masa : 1.15 ptg
Tempat : Bilik Gerakan

Sekian, terima kasih.


Monday, January 20, 2014

Ceramah ‘Master Your Own Life’

 


En Sanique Lim, Penceramah dari Kolej Inti memberi ceramah tentang ‘Master Your Own Life’ kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMK Air Itam pada 16.01.2014 dari pukul 10:10 -11:55 pagi di Dewan Sekolah SMK Air Itam. Beliau meberitahu pelajar tentang  kepentingan membuat keputusan dan cara untuk membuat pilihan di antara banyak pendapat dan membuat keputusan yang tepat dan betul. Beliau juga memberi permainan ‘ThumbWrestling’ untuk menguji kemahiran membuat pilihan dan keputusan. Pelajar-pelajar gembira mengikuti ceramah dan yakin untuk membuat pilihan dan keputusan pada masa kelak.

Saturday, January 18, 2014

Friday, January 17, 2014

MAKLUMAN TERKINI DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) 2014



Dimaklumkan bahawa guru-guru boleh klik pada link

di atas untuk memuat turun Dokumen Standard 

Prestasi bagi Tahun 2014.




Wednesday, January 15, 2014

Bahan PMR Pentaksiran Menengah Rendah





Sila klik pada link di atas

untuk muat turun Bahan PMR.