Friday, July 31, 2015

Taklimat Ujian Lisan BM & BI PT3





Tarikh : 30 Julai 2015
Tempat : Dewan SMK Air Itam
Masa : 7.30 pagi hingga 11.00pagi

Pada pukul 7.30 pagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 mengikut Taklimat Ujian Lisan-Bertutur dan Ujian Lisan-Mendengar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Slot pertama Penyelaras Pentaksiran Tingkatan 3, En. Mursalin menerang perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dan tindakan-tindakan yang perlu diambil perhatian semasa ujian. Dalam taklimat itu beliau menerang bilik peperiksaan, kedudukan peperiksaan dan pergerakan pada masa ujian.

Slot kedua dikendali oleh Guru Kanan Bahasa, Pn. Teng menyatakan tarikh-tarikh penting yang perlu diingati. Pelajar pula membuat catatan.

Slot ketiga dikendali oleh Ketua Panitia BM, Pn. Aishah menerangkan suasana semasa ujian lisan-bertutur dan ujian lisan-mendengar. Beliau menasihati  pelajar agar tidak segan bercakap semasa ujian-bertutur. Semasa ujian lisan-mendengar perlu mendengar dengan berhati-hati supaya dapat menjawab soalan-soalan .

Slot keempat dikendali oleh pentaksir mata pelajaran Bahasa Inggeris, Pn. Valarmathi menerang tentang ujian lisan-bertutur dan ujian-mendengar Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar perlu bertindak secara aktif semasa ujian agar dapat membantu mereka mendapat markah yang tinggi.

Slot kelima dijalankan selepas waktu rehat iaitu Percubaan Ujian Lisan-Mendengar  mata pelajaran Bahasa Melayu. Ujian percubaan ini adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar memahami suasana ujian-mendengar  PT3 yang sebenar.

Pada 31 Julai Percubaan Ujian Lisan-Mendengar mata pelajaran Bahasa Inggeris akan diadakan.


Thursday, July 30, 2015

PROGRAM SUNTIKAN IMUNISASI HPV T1






Tarikh suntikan :  28.7.2015
Tempat:  Bilik koko
Penglibatan: Semua murid tingkatan 1


Saturday, July 25, 2015

Jamuan Hari Raya 2015







Anjuran : Kelab Guru dan Kakitangan SMKAI
Tarikh   : 25 Julai 2015
Masa    : 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari

Latihan Dalam Perkhidmatan--25 Julai 2015





Thursday, July 16, 2015

Tuesday, July 14, 2015

Selamat Balik Kampung




Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti dari
15-07-15(Rabu) hingga 21-07-15(Selasa).Sesi persekolahan
akan bermula dari 22-07-15(Rabu).

Harap maklum.

Monday, July 13, 2015

Pertandingan Keceriaan Dan Kebersihan Kelas Sesi Petang Bulan Jun




Anugerah Gemilang : 1A
Kelas Impian  : Peralihan A
Kelas Impian : 1B

Minggu Bahasa Cina 2015












Tarikh          :     30 Jun – 10 Jul 2015

Pertandingan :

 1. Pertandingan Mengarang (30 Jun 2015)
 2. Pertandingan Perbahasan Cina Ala Parlimen (8 Jul 2015)
 3. Pertandingan Kuiz (9 Jul 2015 )
 4. Pertandingan Kaligrafi ( semasa Kelas BC)

                      

Friday, July 10, 2015

Program Motivasi
















Program Khas( Program Ihya' Ramadhan dan program motivasi ) 
di adakan pada 10/07/2015 dari pukul 7.30pagi hingga 11.55 pagi) .

Semua guru dan pelajar Islam berkumpul di dewan sekolah
untuk Program Ihya' Ramadhan. Pelajar yang lain pula dibahagi 
kepada 3 kumpulan iaitu pelajar tingkatan 2 berkumpul di bilik 
seni untuk ceramah dan aktiviti kumpulan. Ceramah ini diberikan 
oleh fasilitator dari Kolej Sentral.

Pelajar tingkatan tiga pula dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk
menjalani aktiviti kumpulan dan Team building. Pelajar tingkatan 4
dan 5 pula berkumpul di perpustakaan sekolah untuk seminar
teknik menjawab soalan peperiksaan.