Sunday, December 21, 2008

Terkini: Pengumuman Keputusan PMR 2008

Keputusan PMR 2008 dijangka akan dikeluarkan pada 30 Dis 2008 (Selasa). Oleh hal yang demikian, semua guru Tingkatan 3 dan S/u Peperiksaan (PMR) dikehendaki kembali ke sekolah untuk bertugas pada 9.00 pagi.

Sekian, terima kasih.

p/s minta maaf kerana mendapat maklumat salah yang menyatakan PMR akan diumumkan pada 24/12/08.

Mesyuarat Guru 2009/1

Semua guru dikehendaki menghadiri satu mesyuarat guru seperti berikut

Tarikh : 3 Jan 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran adalah wajib. Guru-guru yang gagal menghadiri mesyuarat dikehendaki menulis surat tunjuk sebab.

Sekian, terima kasih.

Thursday, November 27, 2008

Penghargaan Kepada Guru2 yg bertukar

Bagi pihak sekolah, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang bertukar ke sekolah lain mulai 2009. Ini termasuk Pn Vijaya (Guru Pengawas/Disiplin), Cik Atiqah (Guru Akaun dan MC untuk segala majlis sekolah), Pn Suzana (Guru KH dan Penasihat KRS), Pn Usha (Guru B Tamil), Pn Rosemawati (Guru KH yang sangat senior di SMKAI), Pn Wan Nor Idayusni (Ketua Panitia Sivik), Cikgu Effendi (Guru Kaunseling), Pn Wanis (Guru Mate Tambahan), En Liew TF (Guru KH), Pn Rozita (Guru Sains), dan Cikgu Khairul Nizam (Guru Disiplin yg dihormati para pelajar).

SMK Air Itam mengucapkan terima kasih kepada jasa dan bakti yang tuan/puan curahkan sepanjang tuan/puan berkhidmat di sekolah.

Thursday, November 13, 2008

Borang Laporan Prestasi 2008

Semua guru/staf dikehendaki mengisi satu borang tambahan (Borang Laporan Prestasi) yang ada di kaunter pejabat untuk dihantar sekali dengan Borang Prestasi. Tujuan borang tambahan ini adalah sebagai dokumen sokongan kepada sumbangan/pencapaian kita pada tahun 2008. Dokumen sokongan ini diperlukan demi memperolehi prestasi cemerlang dalam penilaian prestasi tahun semasa.

Terima kasih.

Monday, November 10, 2008

Borang Maklumat Pelabelan Guru

Semua guru TETAP diminta mengisi dan menghantar borang tersebut di atas kepada Cik Faridah sebelum 14 NOV 2008. Borang boleh diperolehi di pejabat sekolah.

Penghantaran Fail LDP

Semua staf diingatkan supaya menghantar Fail LDP yang mengandungi
 kad rekod LDP (Kad Biru)
 semua dokumen sokongan kehadiran LDP

kepada Cik Faridah sebelum 14 NOV 2008

Wednesday, October 29, 2008

Mesyuarat Guru (Penutupan Sesi Persekolahan)

Satu mesyuarat berkenaan perkara di atas akan diadakan seperti berikut

Tarikh : 30 OKT 2008 (Khamis)
Masa : 1.10 tgh
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : semua guru

Tuesday, October 28, 2008

Kursus Sijil Perguruan Khas Satu Tahun

Guru-guru yang berminat untuk memohon KDP di atas adalah dikehendaki membuat pendaftaran secara online di www.moe.gov.my mulai 29 OKT 2008.

Harap maklum, terima kasih.

Wednesday, October 15, 2008

Bertugas semasa cuti hujung tahun

Saya sedang mengatur tugas guru semasa cuti hujung tahun. Guru-guru yang bukan pengawas SPM dijangka akan diarahkan untuk kembali ke sekolah untuk bertugas semasa SPM berlangsung. Guru-guru yang ada masalah diminta berjumpa dengan saya supaya masa yang paling sesuai dapat ditetapkan. Jadual Bertugas dijangka akan dikeluarkan pada awal Nov. 2008.
Sekian, terima kasih.

Wednesday, October 8, 2008

Selamat Mengambil Peperiksaan

Selesainya Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar membawa maksud bermulanya musim peperiksaan untuk para pelajar.

Pelajar Tingkatan 5 akan menduduki Peperiksaan Percubaan SPM bermula besok (9 Okt 2008)dan yang bakal menunggu pelajar-pelajar Tingkatan 3 pula, ialah PMR yang akan berlangsung dari 13 Okt - 17 Okt 2008.

Bagi pelajar-pelajar Tingkatan lain pula, Peperiksaan Akhir Tahun akan dimulakan selepas tamatnya cuti panjang Hari Deepavali.

Belajarlah bersungguh-sungguh demi masa depan sendiri!

Selamat Mengambil Peperiksaan.

Terima Kasih kepada Semua

Bagi pihak sekolah, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua guru, pelajar-pelajar, kakitangan dan semua yang terlibat secara atau tidak langsung untuk menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar pada 8 OKT 2008.

Kepada para tetamu dan waris yang hadir, pihak sekolah juga ingin mengucapkan terima kasih ke atas sokongan padu yang diberikan demi menjayakan aktiviti tahunan ini.

Sekian.

Thursday, October 2, 2008

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 8 OKT 2008 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan sekolah

Semua waris adalah dijemput hadir.

Friday, September 26, 2008

Selamat Menyambut Hari Raya

Selamat Menyambut Hari Raya Puasa kepada semua warga sekolah yang beragama Islam dan Selamat bercuti kepada yang lain.

Saturday, September 6, 2008

Hari Perkembangan Staf 2008/4 (LDP)

Satu LDP kendalian sekolah akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 13 Sept 2008 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 2.00 tgh
Tempat : Kolej PTPL (Formerly IPG), Jln Burmah, P.Pinang
Kehadiran : Semua kaki tangan akademik dan bukan akademik
Tajuk : Kemahiran Persembahan yang berkesan

Mesyuarat Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Tarikh : 10 Sept 2008 (Rabu)
Masa : 12.45 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : semua ketua AJK

Friday, August 29, 2008

URUSAN KENAIKAN PPPS DG41 KE GRED DG44 SECARA TIME-BASED

Guru-guru diminta membaca pekeliling yang berkenaan di laman web Kementerian Pelajaran atau notis yang ditampalkan di kaunter pejabat.
Guru-guru yang terlibat diminta memberi nama kepada Cik Yeoh BT. Tarikh tutp (peringkat sekolah)12 SEPT 2008

Monday, August 25, 2008

Cuti Berganti Hari Deepavali

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri telah memberi kebenaran kepada sekolah untuk mengambil cuti tambahan berganti sempena Hari Deepavali pada 29 Oktober 2008(Rabu. Dengan ini, sekolah ini akan menggantikan Hari Cuti tersebut pada 6 September 2008(Sabtu)dengan menggunakan jadual waktu hari Rabu.

Surat makluman akan dihantar melalui pelajar kepada para waris.

Sekian, terima kasih.

Jadual Waktu Bulan Puasa

Sukacita dimaklumkan bulan puasa dijangka akan bermula 1/9/08 hingga 30/9/08 dan waktu persekolahan untuk sekolah ini akan diselaraskan sepanjang bulan puasa seperti berikut :

Sesi Pagi : 7.30 pagi - 12.35 tgh/1.05tgh (Hari Isnin - Khamis)
Sesi Petang : 12.50 tgh/2.30 ptg - 5.35 ptg

Para waris diminta merujuk surat yang dihantar kepada tuan/puan melalui anak di bawah jagaan untuk keterangan yang lebih terperinci.

Sekian, terima kasih.

Mesyuarat Kurikulum 2008/4

Tarikh : 28 OGOS 2008
Hari : Khamis
Masa : 1.10 tgh
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : semua Ketua Bidang
& Ketua Panitia

Friday, August 15, 2008

Penundaan Tarikh Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Untuk makluman semua,

Tarikh Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar akan ditundakan ke 8 OKT 2008 (Rabu).

Harap maklum, terima kasih.

Tuesday, August 12, 2008

Friday, August 1, 2008

Pencerapan P & P 2008/2

Pencerapan p & p 2008/2 akan berlangsung seperti berikut

Tarikh : 28 Julai 2008 - 1 Ogos 2008

Pencerap-pencerap diminta menghantar borang-borang pencerapan yang siap kepada ketua-ketua bidang (mengikut panitia mata pelajaran masing-masing) selewat-lewatnya 8 OGOS 2008 (Jumaat).

Ketua-ketua bidang pula diminta mengembalikan semua borang pencerapan yang dikutip kepada PK Pentadbiran sebelum 15 OGOS 2008 (Jumaat).

Wednesday, July 23, 2008

Cuti Berganti Hari Raya Puasa Aidilfitri 1429H

Sekolah telah memohon cuti berganti sempena perayaan di atas dan tarikh gantian cuti adalah seperti berikut :

1) 26 Julai 2008 (Sabtu) menggunakan j/waktu Isnin
2) 9 Ogos 2008 (Sabtu) menggunakan j/waktu Jumaat

Sekian, harap maklum.

Monday, July 21, 2008

Tahniah!! Pasukan Dikir Barat Sekolah

Tahnaih diucapkan kepada pasukan Dikir Barat Sekolah kerana berjaya mendapat Johan dalam Pertandingan Dikir Barat peringkat Pulau tahun ini. Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru penasihat yang terlibat.

Syabas dan teruskan kejayaan anda ke peringkat Negeri Sabtu ini (26 Julai 2008).

Pemulangan Fail LDP

Kepada semua staf SMKAI

Fail tuan/puan/cik sudah boleh dituntut balik di kaunter pejabat mulai hari ini (21.7.08). Salinan kad LDP tuan/puan/cik akan dihantar ke JPN untuk tindakan selanjutnya.

Terima kasih.

Friday, July 18, 2008

LDP Panitia Sivik dan Moral

Untuk makluman semua, satu LDP akan dijalankan bersama oleh Panitia Sivik & Kewarganegaraan serta Panitia Pengetahuan Moral seperti berikut :

Tarikh : 19 Julai 2008 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 2.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat
Tajuk : 1) Kursus Orientasi Kurikulum T5
2) Integriti dan Akauntabiliti dalam Perkhidmatan Awam
3) Etika Profesion dan Pengurusan Imej

Staf yang berminat boleh mendaftar dengan Pn Wan Nor Idayusni atau Pn Hasnah.
Terima kasih.

Wednesday, July 9, 2008

LDP (Panitia Bahasa Inggeris)

Panitia BI akan menganjurkan satu LDP seperti berikut :

Tarikh : 19 JULAI 2008 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tgh
Tempat : Makmal Komputer MIMOS
Tajuk LDP : Movie Maker
Penceramah : En Andrew Leong

Tempat Terhad kepada 20 sahaja. Sila daftar dengan Pn Chuan MB, Ketua Panitia BI.

Friday, July 4, 2008

Penyerahan Kad Pelaporan Kehadiran Kursus

Semua staf akademik dan bukan akademik diminta menyerahkan Fail Kehadiran Kursus ke pejabat (u.p. Cik faridah) selewat-lewatnya 10 JULAI 2008 (Khamis). Sila pastikan fail tersebut mengandungi kad biru (yang terisi) dan semua dokumen sokongan kehadiran kursus.

Terima kasih.

Tuesday, July 1, 2008

Taklimat PTP (Speaking Component)

Kepada semua guru yang terlibat,

Satu penerangan/taklimat akan disampaikan oleh Pn Chew TT pada 3 Julai 2008 (Khamis) jam 1.30 ptg (selepas taklimat Hari Perjumpaan Waris) di Bilik Mesyuarat berkenaan perkara di atas. Guru-guru yang hendak mengetahui "tip" dijemput hadir.

Hari Perjumpaan Waris

Kepada semua warga sekolah,

Hari Perjumpaan Waris akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh : 5 Julai 2008 (Sabtu)
Masa : 8.00 - 11.00 pagi
Tempat : Kantin (sesi pagi)
Dewan (sesi petang)

Guru-guru mesti hadir pada 7.30 pagi. Satu taklimat untuk semua guru tingkatan akan diadakan pada 3 Julai 2008 (Khamis) jam 1.10 tgh di Bilik Mesyuarat. Sekian, terima kasih.

Sunday, June 22, 2008

Wajah Baru bagi Blog SMKAI

Dah bosan dengan wajah lama blok kita. Ini merupakan wajah barunya. Saya harap semua akan menyukainya.

Selepas cukup sebulan blok ini tidak dikemaskini, saya kembali untuk mengemas halaman SMKAI yang agak tidak terurus. Apa boleh buat, kursus PTKlah. Pengalaman kursus ini memang cukup tension dan menakutkan. 3 hari penuh dengan kuliah-kuliah yang padat dan diikuti dengan penilaian demi penilaian mulai hari ke 4. Tidur tak cukup (sebab tension) makan tiada selera. 1st kelas punya mutu makanan tetapi lowest kelas punya variety. Fahamlah, 8 hari duduk di hotel yang sama.

Kerajaan membelanja RM 120 untuk setiap peserta sehari. Sila kira berapa duit yang dibelanjakan untuk 140 orang peserta untuk 8 hari untuk 9 pusat sebuah negeri dan 10 kali satu tahun? Meletupkah kalkulator?

Kerajaan sepatutnya batalkan kursus ini. Walaupun input kursus ini tidak kurang, tetapi input tidak setara dengan output.

Walau bagaimanapun, mengikut satu sumber yang boleh diharapkan, kononnya kursus PTK DG44 akan diubah ke bentuk objektif mulai tahun depan.

Harap-harap begitulah!

Friday, May 23, 2008

Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu

Semua permohonan KDP di atas boleh dibuat dalam talian di http://www.moe.gov.my .

Tarikh permohonan talian dibuka : 21 Mei 2008
Tarikh permohonan talian ditutup : 12 Jun 2008
Tarikh akhir hantar borang permohonan yg disokong pengetua : 18 Jun 2008
Tarikh semakan keputusan : 1 Julai 2008
Tarikh lapor diri di IPG : 13/14 Julai 2008

Tuesday, May 20, 2008

Taklimat Perisytiharan Harta

Tarikh : 21 Mei 2008 (Rabu)
Masa : 1.10 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : Semua staf yang telah dilantik

Borang mesti DITAIP dan dihantar sebanyak TIGA salinan ke pejabat sekolah (U.P. Cik Faridah) selewat-lewatnya 11 Jun 2008 (Rabu)

Sila klik untuk mendapat borang
Borang Perisytiharan harta

Tuesday, May 13, 2008

Pendaftaran PTK 2008 (Sesi Ogos)

Kepada semua warga sekolah,



Pendaftaran PTK 2008 (sesi Ogos) akan dibuka dari 12 - 17 Mei 2008. Sila dapatkan borang pendaftaran di kaunter pejabat. Sekiranya ada sebarang masalah, sila hubungi Pn Azmi untuk keterangan lanjut.



Terima kasih.

Friday, May 9, 2008

Keputusan PTK 2008 (Sesi Mac)

Kepada semua guru dan staf sokongan,

Keputusan PTK 2008 (Sesi Mac) sudah boleh diambil di pejabat sekolah daripada Cik Faridah mulai hari ini.

Terima kasih.

Thursday, May 8, 2008

Tema Hari Guru 2008

Kepada para pendidik yang dihormati,

Tema Hari Guru untuk tahun ini sudah ditetapkan sebagai

"GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG"

Harap maklum.

Monday, May 5, 2008

Perubahan Tarikh Penilaian Tahap Profisiensi (PTP) 2008

Kepada semua guru Sains dan Matematik yang terlibat,

Pusat dan masa bagi perlaksanaan PTP 2008 masih dikekalkan. Tarikh-tarikah telah berubah seperti berikut:

Komponen Reading, Listening & Speaking : 28 JUN 2008

Komponen Speaking : 5 Julai 2008 (Tarikh asal : 24 Mei 2008)

Komponen Speaking : 19 Julai 2008 (Tarikh asal : 26 Mei 2008)

Wednesday, April 30, 2008

Maklumat Guru Sekolah Yang Mengajar Di Pusat /Kelas Tuisyen Swasta

Guru-guru yang terlibat diminta berjumpa dengan PK Pentadbiran selewat-lewatnya 5 Mei 2008 untuk mengisi maklumat berkenaan.

Guru-guru yang tidak berjumpa dengan PK Pentadbiran selepas tarikh tersebut akan dianggap sebagai tidak terlibat.

Monday, April 28, 2008

Sijil Penyertaan Hari Perkembangan Staf di Kolej Segi

Kepada para hadirin kursus,

Sijil-sijil penyertaan kursus boleh diperolehi di pejabat (Dari Cik Faridah) mulai hari ini.

Terima kasih.

Saturday, April 26, 2008

Selamat Hari Lahir, Blog SMK Air Itam!!!

Menerusi Hari Perkembangan Staf 2008/2 hari ini yang dijalankan di Kolej Segi, penceramahnya Ms Cherryl telah menunjukkan beberapa teknik kepada para guru SMK Air Itam cara-cara untuk "mempedaskan" p n p kita di dalam bilik darjah dengan ICT.
Satu cara yang dibangkitkan adalah melalui Blog.

Inilah datangnya idea bagi saya untuk mewujudkan satu blog untuk sekolah kami. Saya rasa melalui blog ini, objektif-objektif berikut dapat dicapai:

1. menggalakkan para warga sekolah untuk menggunakan ICT dalam kehidupan kita.
2. berkongsi pengalaman dan pengetahuan kita melalui blog ini.
3. menyampaikan berita-berita semasa di sekolah
4. menyemarakkan budaya ICT di sekolah

Selamat Hari Lahir (Happy Birthday) Blog SMK Air Itam!!!