Tuesday, April 30, 2013

Lawatan Sambil Belajar Ke Pulau Langkawi





Kelab Pencegahan Jenayah SMK Air Itam telah membuat satu lawatan 
sambil belajar ke Pulau Langkawi selama 2 hari dari 27 hingga 28 April.
  Seramai 28 pelajar, 7 guru dan 5 staf sokongan telah turut serta 
dalam lawatan ini. Peserta lawatan menginap di Langkawi Budget Inn. 
Tempat-tempat yang dilawati ialah kilang Gamat, kilang Batik, Kilim  
Geopark Forest, Langkawi Cable Car, dan Langkawi Underwater World.
Peserta balik dari lawatan dan sampai di sekolah pada jam lebih 
kurang 7 malam pada hari Ahad.

Friday, April 26, 2013

Program Ceramah Kepimpinan & Kerjaya



Ahli-ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya SMK Air Itam 
menyertai Program Ceramah Kepimpinan & Kerjaya yang 
dianjurkan oleh Universiti Teknologi Petronas di  
Dewan SMK ( P ) St. George pada 25.04.2013 dari 
pukul 2:00 petang – 5:00 petang. En Khairul Badrisham 
bin Ramly, Pengurus Sumber Tenaga Manusia  & 
Pentadbiran memberi taklimat tentang objektif program 
hari ini. Cik Penny Goh, Pensyarah IT,  menerangkan
kursus yang ditawarkan di UTP.

Pertandingan Kawad Kaki 2013



Tarikh :       23-25 April 2013
Masa    :      8.00 Pg -2.00 Ptg
Tempat   :   Dataran Perhimpunan SMK Air Itam
Jumlah Penyertaan - 41 Pasukan :      
    NGO ( Putera & Puteri )
    GO ( Putera & Puteri )
    KRS ( Putera & Puteri )

Pasukan SMK Air Itam :        
  Naib Johan - Briged Putera  (NGO PUTERA)    
  Ke-3 - Briged Puteri  (NGO PUTERI)

Video Pertandingan Boleh Ditonton Melalui Laman Web

https://www.facebook.com/kawadkakitimurlaut2013

Thursday, April 25, 2013

Kelab Frog VLE--Keputusan Pertandingan Mengedit Dashboard

Pemenang : Chiang Hui Ee (3S1)
Hadiah : USB LED LIGHT FOR Notebook & PC

Wednesday, April 24, 2013

Kelab Frog VLE--Mengedit Dashboard


Tarikh : 24-04-2013
Masa : 1.30pm-3.00pm
Tempat : Makmal Komputer
Aktiviti :  Pelajar-pelajar diberi bimbingan bagaimana mengubah
background,menukar kata laluan dan mengedit dashboard dalam Frog VLE.

Monday, April 22, 2013

PERTANDINGAN SPELLING BEE SEMPENA MINGGU PUSAT SUMBER



Tarikh Pertandingan : 10 April 2013
Tarikh Penyampaian Hadiah :22 April 2013
Masa : 12-12.40 Tengahari
Sasaran : Pelajar Sesi Petang