Saturday, April 28, 2012

LARIAN MERENTAS DESA 2012
















TARIKH : 28 APRIL 2012

HARI : SABTU


MASA : 8.00- 11.30 PAGI


KAWASAN : DAERAH FARLIM

Pada 28 April (Sabtu) SMK Air Itam telah menjalankan Aktiviti Larian Merentas Desa 2012 dengan jayanya. Penglibatan pelajar yang sangat menggalakkan telah memberi semangat kepada guru-guru dan kakitangan serta semua pihak yang terlibat untuk menjalankan tugas dengan baik walaupun hujan turun renyai-renyai.

Para pelajar telah dibimbing oleh jurulatih dari Kolej Masterskill Ipoh seramai 6 orang untuk aktiviti regangan dan memanaskan badan. Para pelajar dikawal oleh petugas-petugas check point, marsyal, hakim dan guru disiplin dengan ketat. Di samping itu, pihak Polis Cawangan Trafik Timur Laut, Polis dari Balai Polis Bandar Baru Air Itam dan Pasukan RELA turut menjaga keselamatan para pelajar sepanjang larian ini dijalankan.

Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang sudi menjayakan Larian Merentas Desa SMK Air Itam 2012 dengan jayanya iaitu:

1) Kolej Masterskill Ipoh

2) Polis Cawangan Trafik Timur Laut

3) Polis dari Balai Polis Bandar Baru Air Itam

4) Pasukan RELA

5) Semua guru SMK Air Itam

6) Kakitangan SMK Air Itam

7) Semua pelajar yang menjayakan Larian Merentas Desa

Belayar menuju lautan Selatan,

Bawa bekalan manisan papaya;

Jasamu tuan dalam ingatan,

Warga bersatu tentu berjaya.

Pertandingan Mendeklamasi Sajak BC untuk Sekolah Menengah Peringkat Negeri








Masa : 8.00 pagi
Bilangan Peserta : 32 orang
Tarikh : 28 April 2012 (Hari Sabtu)
Anjuran: Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang
Tempat Pertandingan : Dewan Kuliah SMJK Union Pulau Pinang

Friday, April 27, 2012

Penerima Sumbangan Anak Pokok dari Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Pulau Pinang





Pihak sekolah amat berbesar hati menerima sumbangan anak pokok dari Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Pulau Pinang sempena Program Pemantapan Kelab Pengguna Sekolah Pulau Pinang di bawah modul Alam Sekitar yang akan ditanamkan di sekitar padang sekolah.

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

Thursday, April 26, 2012

TUAN RUMAH PERTANDINGAN KAWAD KAKI DAERAH TIMUR LAUT 2012
















TARIKH : 24, 25 DAN 26 APRIL 2012

TEMPAT : SMK AIR ITAM, PULAU PINANG

MASA : 8.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG

BIL PASUKAN BERTANDING : 39 PASUKAN

KATEGORI : KRS, NGO, GO DAN SEKOLAH RENDAH

SMK Air Itam sekali lagi terpilih menjadi tuan rumah Pertandingan Kawad Kaki Daerah Timur Laut bagi tahun 2012. Sebanyak 39 pasukan telah menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada Badan Beruniform KRS Lelaki dan Perempuan, NGO Lelaki dan Perempuan, GO Lelaki dan Perempuan dan Sekolah Rendah.

Dalam pertandingan ini, semua pasukan telah berusaha membuat persembahan kawad kaki dengan formasi yang hebat dan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kehebatan setiap pasukan telah terbukti semasa pertandingan yang dilangsungkan selama 3 hari berturut-turut ini.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

NGO (Puteri) - Johan SMKA AL MASHOOR (P), PBSM

Naib Johan SMK AIR ITAM, BRIGED PUTERI

Ketiga SMK CONVENT PULAU TIKUS, PBSM

Ketua Pelatun

Terbaik SAW JO ANN(SMK AIR ITAM)

GO (Puteri) - Johan SMJK UNION, KJPAM

Naib Johan SMJK HENG EE, KADET POLIS

Ketiga SMJK PEREMPUAN CINA, KADET POLIS

Ketua Pelatun

Terbaik ANG CHIN YIN (SMJK UNION)

TKRS (Puteri) - Johan SK JELUTONG BARAT, PUTERI ISLAM

Naib Johan SK JALAN RESIDENSI, TKRS

Ketua Pelatun NUR FARAH ASHIKIN BT ABDULLAH

Terbaik (SK JELUTONG BARAT)

KRS (Puteri) - Johan SMKA (P) AL MASHOOR

Naib Johan SMJK UNION

Ketiga SMK BUKIT JAMBUL

Ketua Pelatun NURUL RABIAH HUSNA BT HUSSEIN

Terbaik (SMK BUKIT JAMBUL)

NGO (Putera) - Johan SMK AIR ITAM, BRIGED PUTERA

Naib Johan SMK HUTCHING, PBSM

Ketiga SMK GEORGETOWN, PENGAKAP

Ketua Pelatun

Terbaik LIM YONG SHIN (SMK AIR ITAM)

GO (Putera) - Johan SMJK CHUNG LING, KADET POLIS

Naib Johan SMKA AL MASHOOR (L) KADET POLIS

Ketiga SMJK HENG EE, KADET POLIS

Ketua Pelatun KHAW JUAN XIN (SMJK CHUNG LING)

Terbaik

TKRS (Putera) - Johan SK BATU LANCHANG

Ketua Pelatun AMMAR AKMAL BIN ABDULLAH

Terbaik

KRS (Putera) - Johan SMJK HENG EE

Naib Johan SMK BUKIT JAMBUL

Ketiga SMKA AL MASHOOR (L)

Ketua Pelatun

Terbaik CHIN JIA WEI (SMJK HENG EE)

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan pemenang terutamanya pasukan Briged Putera SMK Air Itam, Johan Kategori NGO (Lelaki) untuk kali ke-10 berturut-turut dan Ketua Pelatun Terbaik NGO Lelaki iaitu Saudara Lim Yong Shin(SMK Air Itam). Ucapan tahniah juga diucapkan kepada Pasukan Briged Puteri SMK Air Itam yang mendapat Naib Johan Kategori NGO (Perempuan) dan Ketua Pelatun Terbaik iaitu Saw Joo Ann(SMK Air Itam)

Wednesday, April 25, 2012

Lawatan Sambil Belajar ke Cameron Highland










Gambarfoto ahli-ahli Kelab Pencegahan Jenayah bersama waden, pengawas koperasi dan ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya semasa lawatan sambil belajar ke Cameron Highland pada 21 hingga 22 April. Penolong Kanan HEM Cik Choo Poh Lean, Guru Kanan Encik Soo Cheng Hooi, Guru-guru disiplin iaitu Puan Komala, Puan Rosezana, Puan Rafidah, Puan Lim Yeak Yong, Encik Chu Maw Ping telah mengikuti rombongan ini. Staf sokongan iaitu Cik Faridah dan Puan Fadlina turut serta juga.