Wednesday, March 27, 2013

Monday, March 25, 2013

Lawatan ke Pusat Pendidkan Tan Chong


Pelajar-pelajar 5A & 5G membuat  lawatan ke Pusat Pendidkan Tan Chong pada 22.03.2013 dari pukul 8:00 – 11:30 pagi. En Eddick Cheah memberi penerangan tentang pemasaran dan peluang kerjaya. En Rainb Lim memberi penerangan tentang Diploma in creative professional image & hairdressing. Pelajar-pelajr melawat ke automobile dan pusat saloon. 3 orang pelajar perempuan diberi  peluang untuk membuat rambut. Pelajar-pelajar berasa seronok kerana dapat pengetahuan dan informasi yang perlu.

Saturday, March 23, 2013

Ceramah Bidang Perakaunan

 
 

Pada 19.03.2013 , Unit Bimbingan & Kaunseling mengadakan ceramah kerjaya perakaunan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5A .   Encik Subramaniam  dari PTPL bersama pelajar-pelajar di pust sumber telah memperkenal dan menerangkan  kerjaya perakaunan . Fokusnya  kepada kepentingan pelajaran dan cara  berjaya dengan  kerjaya perakaunan. Pelajar-pelajar dapat merujuk kepada laman www.msu.edu.my  untuk keterangan lanjutan.

Friday, March 22, 2013

Bimbingan Kursus Selepas SPM


Keputusan SPM Tahun 2012 telah diumumkan pada 21.03.2013. Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Air Itam telah menjemput 15 buah kolej-kolej untuk memberi perkhidmatan seperti memberi risalah, membimbing dalam pemilihan kursus dan memberi pendedahan tawaran kursus serta kriteria-kriteria yang diperlukan untuk mengikuti sesuatu kursus di IPTA. Kolej-kolej tersebut ialah Kolej Segi, Kolej PTPL, Kolej Sentral, Kolej Cosmopoint, Kolej ATI, Machito, Inter- Excel, Pusat Pendidikan Tan Chong, Kolej KDU, PSDC, Infogenius, Study Excel, Kolej Han Chiang, Kolej Olympia dan DIY Training Centre. PRS sekolah juga membantu dalam pengedaran baucer Dana KCM kepada pelajar-pelajar lepasan SPM Tahun 2012.

PENCAPAIAN TERBAIK SPM 2012

 
Keputusan SPM telah diumumkan secara rasmi pada 21 Mac 2013. Calon yang  mendapat keputusan   cemerlang ialah :


 1)   Mineswaran A/L Tannimalay(11A iaitu 7A+ dan 4A)

2)   Kelvin Teh Eng Yeow(5A iaitu 2A+, 2A dan 1A-)

3)   Leong Tse Sian( 4A iaitu 1A dan 3A-)