Thursday, February 28, 2013

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT ZON AIR ITAM 2013


Tarikh :
20 Februari 2013 Hingga 21 Februari 2013
Tempat :
Dewan Fru Air Itam
Guru :
1) Mohd Shareezal Bin Mohamad

2) Mohd Mursalin Bin Ramli


PENYERTAAN UNTUK 18 TAHUN KEBAWAH
Seramai 12 Pelajar Bertanding Untuk Kategori Pasukan
Pada 20 Februari 2013


Seramai 5 Pelajar Bertanding Untuk Kategori Regu
Pada 21 Februari 2013


KATEGORI
PENCAPAIAN
PASUKAN
NAIB JOHAN
REGU
KETIGA
PENYERTAAN UNTUK 15 TAHUN KEBAWAH
Seramai 12 Pelajar Bertanding Untuk Kategori Pasukan
Pada 20 Februari 2013


Seramai 5 Pelajar Bertanding Untuk Kategori Regu
Pada 21 Februari 2013


KATEGORI
PENCAPAIAN
PASUKAN
KETIGA
REGU
NAIB JOHAN


Wednesday, February 27, 2013

Ceramah Grooming


Pelajar-pelajar Tingkatan 5 mengikuti Ceramah Grooming oleh Cik Cheah Gaik Chiam, Pengetua Kolej PTPL, Pulau Pinang di dewan sekolah SMK Air Itam pada 26.02.2013 dari pukel 10:10 hingga 12:10 tengah hari. Cik Cheah memberi penerangan tentang cara berpakaian profesionalisme semasa bekerja, cara untuk naik turun tangga, cara untuk keluar dari kereta dengan bergaya. Beliau juga memberitahu cara untuk menjaga diri melalui penjagaan kuku jari, rambut, gigi, berpakaian dan bersolek. Beliau menunjukkan cara sambil bertanya soalan untuk menentukan tahap kefahaman pelajar. Pelajar yang berjaya mendapat sebuah teddy bear MSU. Pelajar-pelajar dapat pendedahan dan pengetahuan tentang penjagaan diri supaya berpakaian lebih bergaya dan berseri.

Ceramah Kerjaya Michitobeauty


Pada  21.02.2013 , Unit Bimbingan & Kaunseling mengadakan ceramah kerjaya kepada pelajar-pelajar perempuan tingkatan 5 dalam bidang kecantikan .  Encik Ben Ong dan Cik Tracy Liew  penceramah  dari Michitobeauty  memperkenal dan mendedahkan skop, bidang dan kerjaya kecantikan.  Pelajar-pelajar  berpeluang mengetahui bidang yang dapat dicebutinya selepas tamat persekolahan.



Tuesday, February 26, 2013

Bengkel Sejarah

 


17 orang pelajar Tingkatan 5 SMK Air Itam menghadiri Bengkel Sejarah yang dianjurkan oleh Kolej PTPL, Pulau Pinang pada 23.02.2013 dari pukul 8:30 hingga 1:30 petang. Tarian singa memulakan aktiviti-aktiviti Bengkel Sejarah. Pelajar-pelajar Pulau Pinang dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan A menghadiri bengkel sejarah dahulu sementara Kumpulan B membuat lawatan ke kampus baru Kolej PTPL, Pulau Pinang sambil menjalankan aktiviti-aktiviit yang menarik. Pelajar-pelajr kumpulan B dibawa ke Faculty oh Health Science untuk mengikuti taklimat mengenai kursus yang ditawarkan dan mereka menyertai pertandingan untuk menamakan 4 jenis benda di bawah mikroskop. Kemudian mereka membuat lawatan ke Faculty of Business Management. Setelah penerangan kursus, mereka menyertai pertandingan Budjet dengan RM 1500.00. Setelah itu, mereka mengikuti taklimat Studeng Caring department. Mereka dikehendaki menari mengikut rentak tarian yang dipilih oleh ketua kumpulan mereka.Akhirnya pelajar melawat dapur Kolej PTPL untuk membuat dekorasi kek. Lepas 4 aktiviti, mereka menghadiri bengkel sejarah yang diceramahkan oleh Ustaz Mohamed Nasir bin Ghose Mohamed, Guru Cemerlang Sejarah SMKA Al- Mashoor Lelaki, Pulau Pinang. Beliau memberi bimbingan untuk menjawab soalan sejarah dan memberi latihan untuk mengukuhkan pengetahuan pelajar-pelajar.

Sunday, February 24, 2013

Saturday, February 23, 2013

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18 telah dijalankan dengan lancar  pada  23 Feb 2013 (sabtu),jam 10.00 pagi ,bertempat di dewan  SMK Air Itam. Penghargaan khas kepada Syarikat Reka Indah Development  yang telah menyumbangkan wang tunai RM5,000 kepada PIBG sekolah. 

Tujuan sumbangan ini  adalah untuk membiayai program-program sekolah demi kepentingan para pelajar.Antara tujuan sumbangan ini ialah untuk menyediakan

1. Jumbo jam LED

2. Dana pelajar miskin

3. Majalah sekolah


Selain pelantikan AJK Baru bagi PIBG sesi 2013/2014, SMK Air Itam juga mengadakan cabutan bertuah bagi ibubapa yang hadir dan menyampaikan sijil penghargaan kepada AJK PIBG bagi sesi 2012/2013 .Persembahan tarian-tarian juga diadakan sempena Mesyuarat Agung PIBG.


Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbangkan  wang, tenaga dan masa bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18 .