Wednesday, May 29, 2013

Projek Kilauan Mutiara


Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam dan Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Agama AL-Mashoor (L) telah bergabung tenaga mengadakan program motivasi dan khemah ibadat pada 24 Mei 2013 hingga  26 Mei  2013 bertempat di SMKA Al-Mashoor (L). Projek seperti ini dirancang dengan  matlamat untuk membina sahsiah diri pelajar yang cemerlang, mengenal potensi diri serta membangunkannya dan meningkatkan motivasi diri untuk menempa kejayaan . Di samping itu turut bertujuan untuk mendidik pelajar menghayati ibadat dan konsep pengabdian diri kepada Allah secara ikhlas. Di dalam program ini juga pelajar turut mendapat pendedahan daripada aspek cara berfikir,budaya bekerjasama,daya kepimpinan diri  walaupun dari sekolah yang berbeza.


 

Thursday, May 23, 2013

Tuesday, May 21, 2013

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI KE-3


Tarikh       :    18 Mei 2013

Masa        :    7.30 pagi – 1.30 petang

Tempat     :    SMK Air Itam

Aktiviti    : 
   Slot 1   : Ceramah Kepentingan Pendaftaran Ubat

   Slot 2   :  Ceramah Kenali Ubat Anda

   Slot 3   :  Gotong-royong membersihkan bilik khas

Friday, May 17, 2013

Pameran Informasi Pendidikan & Kerjaya Peringkat Negeri

Pelajar-pelajar kelas 5S1, 5S2, 5A, 4S1 ,4S2 dan ahli PRS membuat lawatan ke Pameran Informasi Pendidikan & Kerjaya Peringkat Negeri Pulau Pinang pada pukul 2:00 – 3:30 petang di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas Pulau Pinang. Pelajar-pelajar mendapat informasi tentang kursus yang ditawarkan di universiti atau kolej-kolej. Pelajar-pelajar gembira bergambar dengan pelajar warga asing dari Universiti Lim Kok Wing.

Thursday, May 16, 2013

Wednesday, May 15, 2013

16 MEI - SEJARAH HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.

4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.

6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Tema Hari Guru 2013


Saturday, May 11, 2013

Thursday, May 9, 2013

Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen


 Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen Sekolah
 Menengah Peringkat Negeri Pulau Pinang telah
 diadakan di SMK Air Itam pada 7 & 9 Mei 2013. 
 
 SMK Bukit Jambul telah muncul sebagai johan dalam
 pertandingan itu manakala naib johan ialah SMK Tinggi
 Bukit Mertajam. Pembahas terbaik ialah Saudara Thevesh
 Thevanathan dari SMK Bukit Jambul.