Wednesday, December 23, 2009

Saturday, April 11, 2009

Jasa mu dikenang !!!



Mr.Soo - Seorang Penolong kanan yang berdedikasi,tegas tetapi mesra dalam menjalankan tugas hariannya.







Pertukaran beliau ke SMJK Chung Ling hanya meninggalkan kenangan buat kami di sini. Semoga beliau dapat memperjuangkan hasrat jiwanya di tempat yang baru.
Selamat Maju jaya !!!

Saturday, January 31, 2009

Selamat Tinggal, SMK Air Itam

Sejak menjejak kaki di SMKAI mulai 1.1.2000, di sinilah menjadi tempat saya menimba ilmu dan pengalaman. Saya amat terhutang budi kepada semua warga sekolah ini yang selalu memberi kerjasama dan sokongan kepada saya semasa menjalankan tugas saya. Jadi untuk kali terakhir, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada Tuan Pengetua, semua guru, staf sokongan, ibubapa serta para pelajar SMKAI kerana memberi satu kenangan manis kepada saya. Semoga Tuhan yang akan membalas jasa tuan/puan. Sebagai seorang manusia biasa, saya juga ingin meminta maaf daripada semua orang kerana sudah pasti selama 9 tahun bekerja di sini ada tersilap kata atau melakukan sesuatu yang menyinggung perasaan tuan/puan. Selamat maju jaya dan selamat tinggal SMKAI!

Monday, January 19, 2009

Perubahan Tarikh Mesyuarat PPSMI 2009/1

Mesyuarat PPSMI yang dijadualkan pada 22 Jan 2009 terpaksa ditundakan seperti berikut:
Tarikh : 2 Feb 2009 (Isnin)
Masa : 1.45 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat.

Guru-guru Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris diwajibkan hadir.
Terima kasih.

Mesyuarat Pusat Sumber Sekolah 2009/1

Satu mesyuarat Pusat Sumber Sekolah akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 20 JAN 2009 (Selasa)
Masa : 1.45 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat

AJK diminta hadir. Terima kasih.

Friday, January 16, 2009

Soal Selidik Analisis Keperluan LDP

JPN Pulau Pinang telah mengarahkan sekolah supaya menjalani satu soal selidik berkenaan keperluan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)kendalian sekolah. Semua guru/kakitangan sekolah diminta mendapatkan borang tersebut di pejabat dan mengembalikannya selewat-lewatnya 21 JAN 2009 (Rabu).

Sekian, terima kasih.

Thursday, January 15, 2009

Permohonan Kursus Dalam Perkhidmatan IAB

Kursus Dalam Perkhidmatan anjuran IAB tahun 2009 boleh dipohon melalui laman web www.iab.edu.my.

Terima kasih.

Permohonan Kursus NPQEL 2009/2010

Borang permohonan untuk Kursus Kelayakan Profesional untuk Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL)2009/2010 boleh diperolehi di lobi Pertanyaan JPN, P.Pinang atau laman web IAB di www.iab.edu.my.
Tarikh tutup : 06 Feb 2009

KEPUTUSAN PTP 2008

Guru-guru yang telah mengambil PTP 2008 diminta mengambil keputusan dari Cik Faridah di pejabat
Terima kasih.

Monday, January 5, 2009

Mesyuarat Kurikulum 2009/1

Semua Ketua Bidang, Ketua Panitia dan AJK Kurikulum dikehendaki menghadiri mesyuarat seperti berikut :

Tarikh : 5 Jan 2009 (Isnin)
Masa : 1.45 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran adalah diwajibkan.

Sekian, terima kasih.