Thursday, December 28, 2017

Mesyuarat Guru Bil. 1/2018 dan Mesyuarat Kurikulum Bil. 1/2018





Mesyuarat Guru Bil. 1/2018 dan Mesyuarat Kurikulum Bil. 1/2018

28 Dis 2017
8.30am--12.00pm
Bilik Gerakan


Thursday, December 21, 2017

Friday, December 15, 2017

Pengumuman Keputusan PT3 Tahun 2017






Pengumuman Keputusan PT3 Tahun 2017 diadakan di  Astaka Sekolah pada 14 Disember 2017.

Thursday, December 14, 2017

Mesej Pengetua



Salam Sejahtera diucapkan kepada seluruh warga SMK Air Itam. Saya Sangaranathan a/l Govindasamy merupakan Pengetua SMK Air Itam yang baru dan memegang jawatan mulai 6 Disember 2017. Pelantikan ini merupakan langkah permulaan saya ke suatu tugas dan suasana yang baru. Sebagai memperkenalkan diri ,
berikut adalah sedikit latar belakang diri saya :

Biodata

Dilahirkan pada tahun 1966. Anak sulung dalam keluarga. Seorang adik perempuan dan 2 orang adik lelaki.  Berasal dari  Kubang Ulu, Penanti. (sebelah bapa) dan Fettes Park, Pulau Pinang (sebelah ibu) Berkahwin pada  tahun 1995. Isteri merupakan seorang guru. Dikurniakan 2 cahaya mata. Anak sulung Ashvin 20 tahun sedang menuntut di USM dan Jayshrrie (17 tahun) sedang menunggu keputusan SPM.

Latar Belakang Pendidikan

1. Sekolah Rendah Stowell (1973 – 1977)
2. Sekolah St.Xavier Branch, Pulau Tikus  (1977 – 1978)
3. Sekolah  St Xavier  Institution ( 1979)
4. Sekolah High School Bukit Mertajam ( 1980 – 1983)
5. Tingkatan 6 ( Institut Al Masriyah, Bukit Mertajam (1984 -1985)
6. USM (1986 – 1990 ) – BA Hons ED
7. USM  (2013) – MA.ED

Sejarah Perkhidmatan

1990 – 1994 Sekolah Kerajaan Sungai Paoh, Sarikei, Sarawak
1 Mei  1994 – 5 Disember 2017– SMK Bukit Mertajam
Mulai 6 Disember 2017 – Pengetua SMK Air Itam, Pulau Pinang

Harapan

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Arunasala Pandy yang banyak berkongsi pengalaman dan menyalurkan bimbingan dan nasihat kepada saya . Saya juga mengucapkan tahniah kepada beliau yang berjaya membawa lonjakan prestasi dan imej ke arah menjadikan sekolah ini sekolah pilihan. Saya akan terus membawa kesinambungan ini dan penuh yakin serta percaya bahawa seluruh warga SMKAI akan berganding bahu dengan saya dan pasukan saya untuk terus membawa kecemerlangan di sekolah ini. Sekian,terima kasih.

“ Do not wait for things to happen – make them happen
Sadhguru

Selamat Datang Tuan Pengetua Baru




Seluruh Warga SMK Air Itam mengalu-alukan kedatangan tuan pengetua baru iaitu En.Sangaranathan A/L Govindasamy.

Beliau merupakan seorang Tuan Pengetua yang berpindah dari SMK  Bukit Mertajam.

Semoga Tuan Pengetua gembira berkhidmat di SMK Air Itam dan SMK Air Itam akan menjadi lebih cemerlang di bawah kepimpinan beliau.


Friday, November 24, 2017

Virtual Learning Support Project




Virtual Learning Support Project ialah satu projek di bawah SL1M (Skim Latihan 1 Malaysia) via Khazanah National.

Tempoh projek ialah Mei hingga November 2017. (1 bulan: latihan/ 6 bulan: penempatan). Latihan pedagogi dan modul di bawah Jawatankuasa PTPM VCLE :

Kohort 1: 11,12,15,16,17 May 2017
Kohort 2: 22 – 26 May 2017

Peserta SL1M yang terlibat dalam Virtual Learning Support Project dikenalpasti dan dipilih oleh Talent Suites Sdn. Bhd. 

Terima kasih kepada empat orang guru pembantu.Selamat Maju Jaya.

Monday, November 20, 2017

Program Expo Negaraku Peringkat Kebangsaan 2017












Tarikh : 16 - 17 November 2017
             (Khamis - Jumaat)
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Seramai 96 murid wakil daripada Negeri Pulau Pinang.
Seramai 4 orang murid SMK Air Itam terlibat dan menyertai Expo Negaraku.
Guru Pengiring : Mohamad Shahrul Fadreen

Saturday, November 18, 2017

Happy Retirement DR.ARUNASALA PANDY A/L KARUPPUSAMY / 2





KEJAYAAN DALAM PERKHIDMATAN

Mulai  1.1.2003                  Penolong Kanan Kokurikulum SMK Tanjong
                                         Bunga, Pulau Pinang
Mulai  1.10.2007                Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tanjong
                                         Bunga, Pulau Pinang
Mulai  1.12.2008                Pengetua SMK Tanjong Bunga, Pulau Pinang
Mulai 1.11.2010                 Pengetua SMK Air Itam


PENCAPAIAN

·         Anugerah Ijazah Sarjana Muda,Universiti Teknologi Malaysia (Fizik) - 1982
·         Anugerah Ijazah Doktor Falsafah,Universiti Sains Malaysia (Fizik Atmosfera) - 2006
·         Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – 2015
·         Anugerah Kepimpinan Khas DTL – 2017
·         Lima kertas penyelidikan dalam bidang 'Solar Ultraviolet Radiation' diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa
·         Beberapa kertas penyelidikan diterbitkan dalam 'Proceeding dan Persidangan Fizik'


Happy Retirement DR.ARUNASALA PANDY A/L KARUPPUSAMY / 1




Majlis Persaraan DR.ARUNASALA PANDY A/L KARUPPUSAMY

Tarikh : 17 November 2017

Masa :   9.15am-11.30am

Tempat : Dewan SMK Air Itam

Opsyen : Fizik

Tempoh Perkhidmatan : 1982-2017 (35 Tahun)





























Majlis Persaraan Pengetua SMK Air Itam, Pulau Pinang Dr. Arunasala Pandy A/L Karuppusamy. Hadirin terdiri daripada pegawai-pegawai JPN, PPD, barisan Pengetua Sekolah Menengah, ahli-ahli  PIBG, pegawai-pegawai polis, bekas pengetua,  barisan pentadbir, guru-guru dan staf sokongan SMK Air Itam.