Thursday, November 24, 2011

Monday, November 21, 2011

Happy Retirement Mr Ooi Peng Kung

Nama Guru : EN OOI PENG KUNG

Opsyen : Matematik

Umur : 55 Tahun


Retiring is
the beginning of
another exciting
chapter in your life.
Whatever retirement
means to you,
may it bring greater
personal fulfilment
than you ever
thought possible.

Congratulations!

Wednesday, November 16, 2011

Bantuan Seratus Ringgit













Pihak pengurusan SMK Air Itam telah mengeluarkan surat pekeliling kepada setiap ibu bapa atau penjaga meminta mereka hadir pada tarikh 16hb, 17hb dan 18hb November 2011 yang ditetapkan bagi pengagihan wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang diberikan kerajaan. Pengagihan wang yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan diterima secara tunai oleh setiap pelajar dengan ibu bapa atau penjaga perlu hadir bagi menerimanya.

Pihak sekolah akan memastikan pengagihan secara tunai terus kepada ibu bapa atau penjaga dengan selamat dan telus.


Pengagihan itu juga dijangkakan dapat dibuat sebelum sesi pembelajaran tamat 18 November ini supaya ibu bapa dapat membeli keperluan pelajar bagi sesi persekolahan 2012. Bantuan persekolahan itu akan disalurkan kepada pelajar daripada Peralihan hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011.

Monday, November 14, 2011

Majlis Persaraan En. Tan Jen Jong (PK KOKO)










Tarikh : 10.11.2011

Masa : 12.00 tgh – 1.10 ptg

Tempat : Dewan Sekolah SMK AIR ITAM

Majlis Persaraan SMK AIR ITAM bermula dengan pelajar-pelajar dan Tingkatan 2, 3 dan 4 berkumpul di dewan pada pukul 12.00 tgh. Guru-guru dan kakitangan SMK Air Itam mengambil tempat di dewan. Ini diikuti oleh ketibaan Pengetua SMK Air Itam Dr. Arunasala A/L Karuppusamy Pandy dan tetamu khas majlis ini.


Juruacara bagi majlis ini, Pn Azmi Ahmad memulakan majlis ini dengan mendeklamasikan pantun baru mengalu-alukan kedatangan para hadirin. Ini diikut oleh persembahan power point yang menunjukkan penglibatan En. Tan Jen Jong sejak berkhidmat di sekolah ini. En. Abdul Latif selaku PK Pentadbiran memberi ucapan ringkas yang berkenaan titik hidup En. Tan Jen Jong sejak berkhidmat sebagai seorang guru. Akhirnya En. Tan Jen Jong menyampaikan ucapan beliau dengan memberi sedikit nasihat kepada pelajar-pelajar dan guru-guru yang muda. Majlis ini diakhiri dengan memotong kek dan nyanyian lagu Auld Lang Syne dengan kenangan-kenang manis.


Sunday, November 13, 2011

Saturday, November 12, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM

Kepada calon-calon SPM


Thursday, November 10, 2011

Bengkel Solar Car Design











Bengkel Solar Car Design yang dianjurkan oleh PIBG SMKAI telah diadakan di makmal sains sekolah pada 04 & 05.11.2011. Seramai 35 orang pelajar menyertai bengkel ini.

Mereka diberi taklimat oleh En Chi Ching Chang, Dekan Sains Tulin dari Universiti Mingdao. Pelajar-pelajar menciptabentuk kereta solar mengikut citarasa sendiri. Mereka berasa seronok dan gembira semasa mengikuti bengkel ini.

Kereta solar yang dicipta oleh pelajar sangat berjaya. Pelajar-pelajar berasa puas hati setelah melihat hasil mereka.