Friday, May 27, 2011
Thursday, May 19, 2011
Monday, May 16, 2011
‘Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’--Berita Harian
Tema ini mengingatkan kita pentingnya peranan guru sebagai penjana transformasi pendidikan negara yang memikul semua perancangan pendidikan dirancang kerajaan. Mereka bukan hanya berperanan mendidik, malah melakukan transformasi seiring aspirasi negara seterusnya melaksanakan matlamat Hari Guru.
Bagi mencapai usaha ini, guru perlu menerapkan kaedah baru dalam pembelajaran kerana masa depan negara bergantung kepada keupayaan guru melahirkan generasi berkemahiran dan memenuhi cita rasa bangsa dan negara. Justeru, sempena Hari Guru tahun ini, kami memberi perhatian khusus kepada usaha meningkatkan kemahiran guru terutama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) agar mereka lebih kreatif dan inovatif dalam teknik pembelajaran di samping memiliki ilmu dan pengetahuan lebih luas.
Transformasi ini perlu seiring dengan semangat 1Malaysia yang mementingkan perpaduan. Ia menjadi tanggungjawab semua pihak terutama guru dalam membentuk keseimbangan pelajar yang datang daripada pelbagai kaum dan keturunan dalam proses membentuk perpaduan sekali gus semangat kerjasama mereka. Saya berharap perpaduan yang dipupuk di sekolah terus kukuh dan berkekalan sehingga menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat majmuk.
Dakwaan guru terpaksa melaksanakan tugas pentadbiran dan pengurusan menjejas tumpuan terhadap tugas hakiki sebagai pendidik. Apakah langkah menanganinya.
Guru kini bukan saja bertindak sebagai pendidik dan mengajar, malah terpaksa menyediakan laporan tugas mereka. Kajian menunjukkan tugas dan tanggungjawab guru meningkat setiap tahun. Peningkatan ini kesan transformasi sistem pendidikan yang membabitkan penggubalan dasar dan sistem serta bertambahnya mata pelajaran. Antara pendekatan yang perlu dilaksanakan kementerian ialah mengambil lebih ramai guru dan kakitangan sokongan dalam memperkemaskan urusan sekolah.
Sunday, May 15, 2011
Saturday, May 14, 2011
Thursday, May 12, 2011
Karnival Akademik Bahasa Tamil 2011
Tempat : SMK Barakbah,Sg Bakap.
Sebanyak 35 buah sekolah menengah dari seluruh Pulau Pinang mengambil bahagian dalam 5 jenis pertandingan yang diadakan.
SMK Air Itam menjadi Johan Keseluruhan dengan skor markah 174 bagi kali kelima berturut-turut.
Johan Keseluruhan2011
Johan 2011 --SMK Air Itam
Kuiz Tahap 2--Johan dan Naib Johan
Mendeklamasi Sajak Tahap 1--Johan
Mendeklamsi Thirukkural Tahap 2--Keempat
Menulis Karangan Tahap 1--Ketiga
Syarahan Tahap 2--Johan
Para Peserta Karnival
Para Peserta Karnival
Wednesday, May 11, 2011
Program Cleanathon 2011
Cleanathon SMK Air Itam Tahun 2011 diadakan pada 07.05.2011.Acara dimulakan dengan ucapan Pengerusi PIBG, En Amirruddin bin Abdul Manaf di dataran sekolah., Aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah bermula pada pukul 7.30 pagi.. Semua warga sekolah rehat puntuk makan sarapan pagi pada 9.00 pagi.
Acara penyampaian hadiah untuk 8 pemungut Cleanathon yang tertinggi diadakan di kantin pada 9.30 pagi.Pemungut yang tertinggi Cleanathon ialah Ketua kaunselor SMK Air Itam,Cik Khor Aik Siew.Beliau mendapat sebuah kamera digital yang ditaja oleh Pn Lim Lee Sean.
Kemudian diikuti dengan waktu yang dinanti-nantikan iaitu acara cabutan bertuah.Terdapat 79 buah hadiah untuk acara cabutan bertuah.Pemenang cabutan yang paling bertuah iaitu saudari Venishwary. Palajar yang paling bertuah pada Cleanathon telah memenangi sebuah laptop berjenama Dell yang ditaja oleh Mrs. Phuah.
Monday, May 9, 2011
Pertandingan Mendeklamasi Sajak BC untuk Sekolah Menengah Peringkat Negeri
Tarikh : 30.4. 2011 (Hari Sabtu)
Masa : 8.00 pagi-2.30petang
Anjuran: JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG
Tempat Pertandingan : Dewan SMJK Phor Tay Pulau Pinang
Saturday, May 7, 2011
Friday, May 6, 2011
Bengkel Pembimbing Rakan sebaya
Aktiviti mendirikan menara yang kukuh dan tinggi dengan menggunakan kad-kad.
Kemudian setiap kumpulan diberi sekeping suratkhabar untuk berdiri.
Kaki mereka tidak boleh pijak ke atas lantai.Suratkhabar akan dilipat
setengah,dan setengah dan setengah lagi.
Akhirnya ahli-ahli berlipat tangan dalam kumpulan dan mereka
dikehendaki melelaikan tangan dengan cara sendiri.
Bengkel hari ini telah membina sikap bekerjasama, bertolakansur,
sabar,hormat-menghormati dan mementingkan persahabatan.