Salam Sejahtera diucapkan kepada seluruh warga SMK Air Itam. Saya Sangaranathan a/l Govindasamy merupakan Pengetua SMK Air Itam yang baru dan memegang jawatan mulai 6 Disember 2017. Pelantikan ini merupakan langkah permulaan saya ke suatu tugas dan suasana yang baru. Sebagai memperkenalkan diri ,
berikut adalah sedikit latar belakang diri saya :
Biodata
Dilahirkan pada tahun 1966. Anak sulung dalam keluarga. Seorang adik perempuan dan 2 orang adik lelaki. Berasal dari Kubang Ulu, Penanti. (sebelah bapa) dan Fettes Park, Pulau Pinang (sebelah ibu) Berkahwin pada tahun 1995. Isteri merupakan seorang guru. Dikurniakan 2 cahaya mata. Anak sulung Ashvin 20 tahun sedang menuntut di USM dan Jayshrrie (17 tahun) sedang menunggu keputusan SPM.
Latar Belakang Pendidikan
1. Sekolah Rendah Stowell (1973 – 1977)
2. Sekolah St.Xavier Branch, Pulau Tikus (1977 – 1978)
3. Sekolah St Xavier Institution ( 1979)
4. Sekolah High School Bukit Mertajam ( 1980 – 1983)
5. Tingkatan 6 ( Institut Al Masriyah, Bukit Mertajam (1984 -1985)
6. USM (1986 – 1990 ) – BA Hons ED
7. USM (2013) – MA.ED
Sejarah Perkhidmatan
1990 – 1994 Sekolah Kerajaan Sungai Paoh, Sarikei, Sarawak
1 Mei 1994 – 5 Disember 2017– SMK Bukit Mertajam
Mulai 6 Disember 2017 – Pengetua SMK Air Itam, Pulau Pinang
Harapan
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Arunasala Pandy yang banyak berkongsi pengalaman dan menyalurkan bimbingan dan nasihat kepada saya . Saya juga mengucapkan tahniah kepada beliau yang berjaya membawa lonjakan prestasi dan imej ke arah menjadikan sekolah ini sekolah pilihan. Saya akan terus membawa kesinambungan ini dan penuh yakin serta percaya bahawa seluruh warga SMKAI akan berganding bahu dengan saya dan pasukan saya untuk terus membawa kecemerlangan di sekolah ini. Sekian,terima kasih.
“ Do not wait for things to happen – make them happen”
Sadhguru