Thursday, March 8, 2012

Kempen Kebersihan Kelas











Majlis penyampaian hadiah /anugerah bagi pertandingan kebersihan dan keceriaan sekolah anjuran jawatankuasa 3K dan Panitia Sivik berlangsung dengan jayanya di perhimpunan rasmi bertempat di dataran sekolah pada pukul 7.30-8.20 pagi. Anugerah dan hadiah-hadiah untuk kelas-kelas yang memenangi pertandingan ini disampaikan oleh Tuan Pengetua iaitu Dr. Arunasala Pandy A/L Karuppusamy.

Pertandingan ini bertujuan untuk membina dan meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan kelas/tingkatan dan persekitaran, di samping menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan kelas dan persekitaran setiap hari .

Untuk pertama kalinya, penganugerahan kali ini dimenangi oleh :

1. Anugerah Gemilang dirangkul oleh kelas 5S2, guru tingkatannya iaitu En. Muhd Riduan bin Zakaria.

2. Anugerah Impian dimenangi oleh kelas-kelas 3C, 4S1, 5G, 5S1 dan 3B.

Laporan disediakan oleh: Guru Penyelaras 3K- Pn Rosezana bt Ibrahim.



Wednesday, March 7, 2012

Monday, March 5, 2012

Pertandingan Memasak

















Pada pukul 8.00 pagi – 11.00 pagi 03.03.2012 ( Hari Sabtu ) SMK Air Itam mengadakan satu pertandingan memasak untuk pelajar-pelajar. Terdapat 8 buah kumpulan yang mendaftarkan diri. Mereka menyediakan hidangan mengikut kemahiran masing-masing. Ada yang memasak sambal udang, nasi lemak, wan tan goring, marcoroni, spageti, nasi goreng dan lain-lain lagi. Semua dapat menyediakan hidangan masing-masing dalam tempoh masa yang diberi. Selepas ,Cik Choo, Cik Khor, Pn Marina dan Pn Sathiyavaani mencuba makanan pelajar dan memberi komen dan cadangan untuk mereka memajukan kemahiran memasak .


Saturday, March 3, 2012

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW MSSPP 2012 DI DEWAN FRU, AIR ITAM







Tanggal 21 dan 22 Februari 2012 yang lalu, pasukan sepak takraw telah menyertai pertandingan sepak takraw MSSPP bertempat di dewan FRU,Air Itam. SMK Air Itam telah menghantar 2 pasukan dan 2 regu bagi kategori 18 tahun ke bawah dan 15 tahun ke bawah masing-masing. Bagi acara pasukan , bawah 18 tahun telah mendapat tempat yang ke-3 manakala bagi 15 tahun ke bawah telah mendapat Naib Johan. Bagi acara regu pula, bawah 18 tahun telah mendapat tempat ke-3 manakala bagi 15 tahun ke bawah telah mendapat tempat ke-3.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh En.Fatil ,Pen.Kanan Ko-kurikulum SMK.Al-Mashoor(L).Pertandingan berakhir pada pukul 1 petang.


Friday, March 2, 2012

Majlis Perpisahan EN.ABDUL LATIF BIN MOHD YUSOF










PELANCARAN PROGRAM 3S (SENYUM, SAPA dan SALAM)









Program 3S (Senyum, Sapa dan Salam ) SMK Air Itam telah dilancarkan pada 24 Februari 2012. Satu perhimpunan khas telah diadakan pada hari tersebut. Pelancaran 3S telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua PIBG, En. Amiruddin B. Abdul Manaf. Dalam ucapan perasmain, beliau talah menegaskan bahawa budi bahasa dan nilai murni harus dijadikan budaya dalam kalangan masyarakat hari ini. Budaya ini harus diterapkan dalam kalangan warga SMK Air Itam terutamanya dalam kalangan murid sekolah sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.

Program tersebut yang bertemakan “Budi Bahasa Budaya Kita” ialah anjuran bersama unit HEM dengan Panitia Pendidikan Sivik, Pendidikan Islam dan Moral. Objektif program 3S adalah untuk mewujudkan hubungan mesra antara warga sekolah. Semoga program tersebut dapat meningkatkan kesedaran warga SMKAI tentang pentingnya budi bahasa dalam kehidupan kita.


Thursday, March 1, 2012

Makluman Kepada Waris

Sukacita dimaklumkan bahawa 03.03.2012 (Sabtu) ialah hari persekolahan, mengikut jadual waktu hari Jumaat.

Sila ambil maklum waktu persekolahan adalah seperti biasa.

Sehubungan itu,diminta semua ibu bapa dan penjaga maklum akan hal ini dan mengambil tindakan yang perlu.

Kerjasama dari pihak tuan/puan , saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Pengetua
SMK AIR ITAM