Saturday, April 26, 2008

Selamat Hari Lahir, Blog SMK Air Itam!!!

Menerusi Hari Perkembangan Staf 2008/2 hari ini yang dijalankan di Kolej Segi, penceramahnya Ms Cherryl telah menunjukkan beberapa teknik kepada para guru SMK Air Itam cara-cara untuk "mempedaskan" p n p kita di dalam bilik darjah dengan ICT.
Satu cara yang dibangkitkan adalah melalui Blog.

Inilah datangnya idea bagi saya untuk mewujudkan satu blog untuk sekolah kami. Saya rasa melalui blog ini, objektif-objektif berikut dapat dicapai:

1. menggalakkan para warga sekolah untuk menggunakan ICT dalam kehidupan kita.
2. berkongsi pengalaman dan pengetahuan kita melalui blog ini.
3. menyampaikan berita-berita semasa di sekolah
4. menyemarakkan budaya ICT di sekolah

Selamat Hari Lahir (Happy Birthday) Blog SMK Air Itam!!!

5 comments:

  1. Syabbas inspektor sahab! Behot behot syukriya. Ini peluang kepada semua guru untuk mencuba alam blogging ini. Tahniah kepada second in command Mr. Soo. Kena tunggu setahun lagi baru tiup lilin. Fuuuuh!!!!

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada 2 orang staf kita yang telah dan akan menjadi pengantin baru. Fewwit! Cikgu Norhasliza dan ehem! ehem! Cikgu Nurzaini Majid ala-ala Shahrizat Jalil gitu. Bukan Cikgu Nor Zaini vogue okay!

    ReplyDelete
  3. Thanks mr Soo for the initiative to start a blog. Hope it can change attitudes and overcome fear of ICT. It's an indispensable friend in this high tech world. "Lebih senang cari makan dengan ICT lah !"

    ReplyDelete
  4. tahniah buat smk air itam dan mr soo atas kelahiran blog ini. moga ia dapat menjadi wahana penyambung antara sekolah dan ibu bapa untuk mengenai mengenai perkembangan sekolah dan anak-anak mereka

    ReplyDelete
  5. Tahniah!

    satu lagi blog untuk perbahasan bahasa cina SMK Air Itam
    http://smkaidebat.wordpress.com

    ReplyDelete