Saturday, August 13, 2011

Sekolah Dalam Hospital

Sekolah Dalam Hospital, satu konsep baru yang akan memberi
manfaat kepada pelajar yang mempunyai kesakitan atau penyakit
berpanjangan di hospital. Kini terdapat dua buah hospital yang telah
memulakan sesi pembelajaran di dalam hospital iaitu Hospital
Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Serdang. Seramai 16 guru telah
dipilih berdasarkan beberapa kriteria untuk bertugas di bilik darjah
hospital berkenaan.

Guru-guru yang telah dipilih itu perlu terlebih dahulu menjalani
latihan selama sebulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
dan Institut Pedatrik HKL bagi melengkapkan mereka dengan
pengetahuan dan kemahiran asas untuk menangani kelompok
pelajar yang mempunyai masalah kesihatan.

Sekolah Dalam Hospital (SDH) merupakan projek khas pembelajaran untuk pelajar yang dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan jangka panjang dan bertujuan mengatasi masalah keciciran pelajar yang ketinggalan sesi persekolahan apabila menerima rawatan untuk tempoh lama di hospital. Sesi pembelajaran SDH hanya akan fokus kepada subjek teras sahaja, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Bagi pelajar yang tidak dapat hadir ke kelas di SDH, guru akan berjumpanya dan mengajarnya di bilik wad pelajar tersebut.

Program “Sekolah Dalam Hospital” ini memang tepat pada masanya memandangkan ramai pelajar yang ketingglan pembelajaran di sekolah disebabkan oleh masalah kesihatan kini dapat diselasaikan malah dapat meningkatkan lagi semangat mereka untuk terus belajar walaupun mereka jatuh sakit dan tidak dapat pergi ke sekolah.