Thursday, November 3, 2011

Jamuan Hari Deepavali Peringkat Sekolah 2011
























Satu jamuan Deepavali peringkat sekolah telah diadakan pada 2 November 2011 bertempat di dewan sekolah pada pukul 1:15 tengahari. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Pengetua dan tetamu jemputan ialah Inspektor Raveendran (Ketua Balai Polis Bandar Baru Air Itam) dan Sarjan Paramasivam (Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah) bersama-sama dengan AJK PIBG Encik Mogan bersama isterinya. Cikgu Rani Devi telah menjadi Juruacara semasa majlis itu diadakan. Satu persembahan tarian India oleh pelajar Tingkatan 2S2 (Hashwinee a/p M. Therevia Singam ) diadakan. Persembahan elektronik tentang perayaan Deepavali telah dibuat oleh pelajar Tingkatan 4S1 (Mahindrusaiee Theyver ) dan penerangan dibuat oleh seorang pelajar Tingkatan 5S1 (Vithyasree a/p Kupusamy ). Majlis tamat pada pukul 2:30 tengahari.