Thursday, August 2, 2012

Taklimat ‘haiqingban ’


Cik Esther Tan dari Persatuan Siswazah-siswazah Taiwan Pulau Pinang memberikan informasi tentang bayaran yuran,tawaran kursus dan peluang kerjaya melanjutkan pelajaran ‘haiqingban’ di Taiwan untuk pelajar-pelajar Cina Tingkatan 5 di SMK Air Itam pada 31.07.2012. Kursus yang ditawarkan di ‘haiqingban ’ adalah membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam akademik. Mereka menumpukan kursus kemahiran seperti bakeri, solekan, feksyen rambut , peragawati pertanian dan lain-lain. Pelajar yang tidak berkemampuan boleh bekerja sambilan emasa menuntut di Taiwan. Selepas tamat pengajian, mereka juga boleh memohon pinjaman untuk memulakan perniagaan tanpa bayaran faedah bunga. Pelajar-pelajar yang mempunyai keputusan yang baik boleh melanjutkan pelajaran ke universiti di Taiwan di tahun kedua selepas mendapat diploma.