Thursday, December 13, 2012

Makluman Kepada Waris Pelajar Baru 2013

Pihak sekolah amat mengalu-alukan kedatangan anak tuan/puan ke
SMK Air Itam untuk meneruskan pelajaran peringkat menengah.
Tuan/puan diminta mengambil perhatian terhadap perkara-perkara di bawah:

1.Semakan Kelulusan Rayuan Penempatan

Waris yang telah membuat rayuan boleh membuat semakan di sekolah
pada 26 disember 2012(Rabu),jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

2.Program Orientasi  Pelajar Baru 2013

Semua pelajar baru WAJIB menghadiri Program Orientasi  Pelajar Baru  dengan ditemani oleh waris pada 29 Disember 2012 (Sabtu) dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.Pelajar mesti berpakaian uniform sekolah dan membawa alat tulis untuk Ujian Diagnostik.