Monday, June 30, 2014

Bengkel Motivasi Kemahiran Belajar










Pada 26.06.2014 dari pukul 11:00 pagi – 1:00 petang , En Erroy Tan dan 5 orang fasilitator dari Kolej PTPL mengadakan Bengkel Motivasi Kemahiran Belajar untuk pelajar-pelajar Cina & India Tingkatan 2 di dewan sekolah. Beliau memulakan permainan HiHa sebagai ice-breaking. Kemudian aktiviti hantaran mesej telefon dan hantaran bola ping pong dengan lidi satay dijalankan. Pelajar-pelajar bergembira menjalankan aktiviti sambil dapat belajar kemahiran belajar. Kumpulan 6 menjadi pemenang dalam bengkel ini dan mendapatkan hamper.