Wednesday, August 13, 2014

Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Sekolah






Majlis penyampaian hadiah anugerah bagi pertandingan kebersihan dan keceriaan sekolah bulan Julai anjuran jawatankuasa 3K dan Panitia Sivik berlangsung dengan jayanya di perhimpunan rasmi bertempat di dataran sekolah pada 11.8.2014 pukul 7.30 pagi. Anugerah dan hadiah-hadiah untuk kelas-kelas yang memenangi pertandingan ini disampaikan oleh Tuan Pengetua iaitu Dr. Arunasala Pandy A/L Karuppusamy.

Pertandingan ini bertujuan untuk membina dan meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan kelas/tingkatan dan persekitaran, di samping menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan kelas dan persekitaran setiap hari .

Untuk pertama kalinya, penganugerahan kali ini dimenangi oleh :
1. Anugerah Gemilang dirangkul oleh kelas 4Sn, guru tingkatan Pn. Vigneswari a/p Munisamy.
2. Anugerah Impian dimenangi oleh kelas-kelas 5A, 5S1, 4G, 2B dan 2S2.


Laporan disediakan oleh: Guru Penyelaras 3K- Pn. Faseeha binti Shaik Ibrahim.