Monday, September 29, 2014

Kem Kepimpinan & Motivasi Pengawas 2014





Pengawas SMK Air Itam menyertai Kem Kepimpinan
 & Motivasi Pengawas 2014 di Air Itam Team 
Building Centre, Pulau Pinang dari 26-28.09.2014. 
Satu ceramah motivasi daripada Cik Khor Aik Siew, 
Ketua Guru Bimbingan & Kaunseling sekolah 
diadakan pada  2:00 – 3:00 petang 27.09.2014. 
Cik Khor memulakan ceramahnya dengan menayangkan
 satu video clip Life is short bagi menarik  tumpuan 
pengawas setelah rehat makan tengah hari. 
Video ini memperingatkan  kita semua mesti berterima 
kasih dan bersyukur kepada semua yang kita ada 
kerana kita tidak tahu bila kita akan hilang dari dunia ini.
 Cik Khor juga  menerangkan ‘ Law Of Attraction’ dan
  minta semua pengawas bersikap positif dan bertindak
 positif dalam menjalankan tugas mereka.
 Pengawas juga diajar  cara mengurut untuk meringankan
 stres dan keletihan. Ceramah diakhiri dengan action song 
– If You Are Happy.