Saturday, February 21, 2015

KEPUTUSAN SPM 2014 DIUMUMKAN PADA 3 MAC 2015


 Menerusi kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, keputusan SPM 2014 akan diumumkan pada hari selasa 3 Mac 2015. 

Semua calon SPM 2014 boleh mendapatkan keputusan menerusi sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari berkenaan. Selain itu, calon juga boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk membuat semakan keputusan SPM 2014 mulai 3 Mac 2015. 

Untuk info, keputusan SPM 2014 diumumkan 2 minggu lebih awal daripada tahun sebelumnya bagi membolehkan pelajar mempunyai masa yang mencukupi untuk mendaftar di universiti luar negara.