Saturday, April 25, 2015

Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2015






 







Tarikh                         : 24/4/2015
Masa                          : 2.30ptg – 3.40ptg
Tempat                       : Dewan Sekolah
Aktiviti                        : Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2015

Bertemakan “Koperasi Berprihatin Terhadap Masyarakat” sambutan  Hari Koperasi Sekolah SMK Air Itam telah diadakan dengan jayanya pada 24 April (hari Jumaat).


Dengan perancangan yang telah diatur sambutan Hari Koperasi Sekolah SMKAI telah dimulakan pada jam 2.30 petang bertempat di Dewan SMKAI. Pada tahun ini pihak ANGKASA tidak menghantar wakilnya untuk memantau sambutan Hari Koperasi Sekolah. Majlis ini dimulakan dengan Penolong Kanan Ko-kurikulum, Puan Norizan Binti Ismail bagi memperkenalkan kepada semua pelajar apa itu Hari Koperasi Sekolah dan kepentingan koperasi sekolah kepada semua pelajar dan masyarakat sekolah.