1. DEFINISI
1.1 GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang
menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi
penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan
insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan
mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai
suri teladan.
1.2 MEMBINA ILMU: Individu yang membangunkan dan membentuk
atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan,
guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu
muridi/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitIf).
1.3 MENYEMPURNAKAN: Menjadikan sempurna atau lengkap. Warga
pendidik berperanan untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam
aspirasi murid yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025.
1.4 AKHLAK: Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang
perlu ada dan dihayati oleh setiap modal insan bagi mendepani cabaran dan
perubahan dalam menjalani kehidupan.
Selamat Hari Guru...