Friday, July 31, 2015

Taklimat Ujian Lisan BM & BI PT3





Tarikh : 30 Julai 2015
Tempat : Dewan SMK Air Itam
Masa : 7.30 pagi hingga 11.00pagi

Pada pukul 7.30 pagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 mengikut Taklimat Ujian Lisan-Bertutur dan Ujian Lisan-Mendengar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Slot pertama Penyelaras Pentaksiran Tingkatan 3, En. Mursalin menerang perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dan tindakan-tindakan yang perlu diambil perhatian semasa ujian. Dalam taklimat itu beliau menerang bilik peperiksaan, kedudukan peperiksaan dan pergerakan pada masa ujian.

Slot kedua dikendali oleh Guru Kanan Bahasa, Pn. Teng menyatakan tarikh-tarikh penting yang perlu diingati. Pelajar pula membuat catatan.

Slot ketiga dikendali oleh Ketua Panitia BM, Pn. Aishah menerangkan suasana semasa ujian lisan-bertutur dan ujian lisan-mendengar. Beliau menasihati  pelajar agar tidak segan bercakap semasa ujian-bertutur. Semasa ujian lisan-mendengar perlu mendengar dengan berhati-hati supaya dapat menjawab soalan-soalan .

Slot keempat dikendali oleh pentaksir mata pelajaran Bahasa Inggeris, Pn. Valarmathi menerang tentang ujian lisan-bertutur dan ujian-mendengar Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar perlu bertindak secara aktif semasa ujian agar dapat membantu mereka mendapat markah yang tinggi.

Slot kelima dijalankan selepas waktu rehat iaitu Percubaan Ujian Lisan-Mendengar  mata pelajaran Bahasa Melayu. Ujian percubaan ini adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar memahami suasana ujian-mendengar  PT3 yang sebenar.

Pada 31 Julai Percubaan Ujian Lisan-Mendengar mata pelajaran Bahasa Inggeris akan diadakan.