Kem Kepimpinan Pengawas dan Jamuan Perpisahan Pengawas
Tingkatan 5 telah diadakan pada 18 dan 19 September yang lalu. Kem yang
diadakan saban tahun ini berfungsi sebagai penghubung ukhwah diantara para
pengawas dan sebagai tanda kenangan buat para pengawas yang akan berpisah. Para
pengawas telah berkumpul di sekolah pada 3 petang lalu aktiviti 'Ice Breaking'
telah diadakan, dimana mereka dikehendaki melukis logo kumpulan mereka berserta
misi kumpulan. Setelah itu, setiap kumpulan telah membuat pembentangan mengenai
kumpulan mereka. Kem diteruskan dengan makan malam di Heritage Club. Arbab
Hayder Gill dan Sobini Navanithan telah mempengerusikan majlis. Guru-guru
disiplin telah menghadiri majlis ini bersama Cik Choo Poh Lean. Beberapa buah
persembahan juga telah diberi oleh para pengawas sendiri dalam majlis makan
malam ini. Keesokan harinya, sesi senam robik pimpinan Ketua Biro Sukan dan
Akademik, Kalaiaresan A/L Thangavelu telah diadakan sebelum aktiviti-aktiviti
lain dijalankan. Selepas sarapan, permainan "Treasure Hunt" telah
dijalankan. Para pengawas dikehendaki melalui beberapa stesen-stesen yang
dipenuhi cabaran sebelum memenangi permainan itu. Mereka belajar tentang
kepentingan kerjasama melalui aktiviti ini. Selepas itu, Cik Choo Poh Lean
telah memberi satu ceramah motivasi kepada mereka di Dewan Sekolah. Beliau
telah menceramah mereka tentang kepentingan keyakinan diri dan banyak lagi.
Selain itu, beliau juga telah memaparkan video-video menarik sebagai pedoman
buat para pengawas. Seterusnya, para pengawas telah menyertai permainan
"Capture the Flag" dimana mereka belajar tentang kepentingan strategi
sebelum melakukan sesuatu. Kem berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para
pemenang.