Saturday, October 10, 2015

Taklimat Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3







Tarikh : 8 Ogos 2015
Tempat : Dewan SMK Air Itam
Masa : 7.30 pagi hingga 10.30pagi
                                                                    
Pada pukul 7.30 pagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 mengikut Taklimat Ujian Bertulis PT3 Tahun 2015 di dewan sekolah.

Slot pertama tentang  arahan, amaran, larangan dan peringatan yang berkaitan dengan instrumen pentaksiran  dan tingkahlaku semasa di bilik pentaksiran.

Slot kedua dikendali oleh Ketua Guru Disiplin, Encik Gan Hock Leong tentang disiplin yang perlu diikuti oleh pelajar-pelajar sebelum, semasa dan selepas pentaksiran.

Slot ketiga dikendali oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Michael Choong Eng Hock.  Beliau menerangkan  operasi payung dan peraturan yang perlu diikuti oleh pelajar. Beliau juga menggalakkan pelajar-pelajar berehat dengan baik dan membuat soalan dengan bersungguh-sungguh.


Seterusnya raptai pergerakan pelajar-pelajar  ke bilik-bilik pentaksiran juga diadakan.