Friday, February 26, 2016

Larian Merentas Desa 2016 / 1














Tarikh : 26 Februari 2016

Hari : Jumaat

Masa : 7.20 am--12.00pm

Kawasan : Daerah Farlim

Pada 26-02-2016, SMK Air Itam telah menjalankan Aktiviti Larian Merentas Desa  dengan jayanya. Penglibatan pelajar sangat menggalakkan ,guru-guru dan kakitangan serta semua pihak yang terlibat telah menjalankan tugas dengan baik.

Pada 7.20 pagi, pelajar berkumpul di dataran.Senamrobik dan aktiviti memanaskan badan dikendalikan oleh En Chu Maw Ping.Para pelajar dikawal oleh petugas-petugas check point, marsyal, hakim dan guru disiplin dengan ketat. Keselamatan para pelajar sepanjang larian ini terjaga dengan baik.

Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang sudi menjayakan Larian Merentas Desa SMK Air Itam 2016 dengan jayanya.