Saturday, March 10, 2018

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23



















Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23  telah dijalankan dengan lancar  pada  10 Mac 2018 (Sabtu),jam 8.30 pagi ,bertempat di dewan  SMK Air Itam. Penghargaan khas kepada Syarikat Pearl Ocean Capital Sdn Bhd  yang telah menyumbangkan wang tunai RM5,000 kepada PIBG sekolah.

Tujuan sumbangan ini  adalah untuk membiayai program-program sekolah demi kepentingan para pelajar terutamanya pelajar yang miskin.

Selain pelantikan AJK Baru bagi PIBG sesi 2018/2019, SMK Air Itam juga menyampaikan sijil penghargaan kepada AJK PIBG bagi sesi 2017/2018 .

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbangkan  wang, tenaga dan masa demi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 .